Tips Supaya Orang Tak Menyampah dengan Blog Anda!

12

Assalamualaikum semua orang! *entry in BM baru nak bagi salam*. Tetiba aku rajin pulak nak buat tips! kali ni nak share tips kedua! Hah! pernah tak korang menyampah bila masuk blog orang lain? Mesti pernah kan? So kali aku nak bagi tips nak elak orang menyampah dengan blog korang!

1. Jangan embed lagu.

Aku suggest jangan letak yang 'autoplay song' dan yang takde button 'pause'. Kadang2 kita terpaksa mute sound sebab intro lagu yang korang pakai stok boleh bagi heart attack! So, aku nasihatkan, jangan letak lagu. ;) Aku pun pernah buat jugak dulu, lepas tu baru sedar betapa annoying-nya letak lagu! 


2. Buang 'verification CAPTCHA'

Ini mungkin merupakan salah satu punca kenapa blog anda kurang comment. Captcha ni memang menyusahkan! Nak pulak yang singgah blog korang tu rabun, so dia tak jadi nak tinggal komen. Pelawat ni susah nak tinggalkan komen sebenarnya, so jangan buat lagi susah ok.


3. Kurangkan widget!

Bila banyak sangat widget, blog korang akan jadi berat dan meningkatkan time load. Aku sarankan jangan letak jam, calender, gambar, video streaming dan kurangkan penggunaan HTM/javascript. Sebab kalau LEMBAB  sangat nak bukak blog korang, pelawat tak teragak-agak clik 'X' kat tab tu. Apa pulak nak singgah untuk kali ke dua. Hahaha!


4. Jangan guna decorative font!

Hehe! decorative font ni mostly blogger perempuan yang pakai. Konon2 comel la kot. Memang comel. Tapi tak READABLE. Nak pulak yang buat font warna-warni. Hadoi! Rakyat Malaysia ni memang terkenal dengan sikap malas membaca, jadi jangan buat kami lagi malas ya? ;)

5. Masukkan perenggan dengan kemas dan tersusun

Entry panjang macam rencana politik tapi tak buat perenggan. Penatnya mata nak baca. Lepas taip 3 ke 4 baris tu buat la perenggan, tekan 'enter' je, tak susah pun. Kemudian diselang-selikan dengan gambar. Baru mata pelawat tak penat. :8)

 kredit: oh malaysia

6. Sediakan 'Link Exchange' atau 'Shoutbox'

Dua benda ni sangat penting dalam dunia blogging! Mana-mana blog yang tak menyediakan shoutbox atau link exchange boleh dikategorikan sebagai blogger malang. Lagi parah kalau blog yang tak boleh komen dekat entry.  Sebab pelawat tak boleh nak bagi respon, bertukar-tukar link atau komen blog korang. 


Ada banyak lagi sebenarnya benda yang boleh buat orang menyampah. Tapi aku nak list-kan yang ni je kot. Sebab aku rasa setiap blog perlu READABLE dan MESRA PELAWAT. Kalau korang menyampah dengan blog disebabkan penulisnya, aku tak boleh nak tolong. LOL! Err.. korang menyampah tak dengan blog aku? Sila komen, I don't mind at all. ;)

p/s:
mood: nervous! nervous! nervous!

See ya!

Tags

Post a Comment

12Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Datang blog saya dengar radio ikim.fm.
    sangat mendamaikan banyak tazkirah

    MENONGKAH ARUS KEHIDUPAN

    ReplyDelete
  2. setujuuu

    tapi kalau blogger tu dah femes,dia buat apa pon,orang still lagi bukak blog diorang

    ReplyDelete
  3. @AL-QASSAM: okie dokkie! thanks.

    ReplyDelete
  4. @Diyana betul2.. banyak je yang macam tu. hehe~ ;)

    ReplyDelete
  5. pasang shoutbox asyik kene spam je.. bukan diorang nak datang baca entri ke komen ke.. dok spam shoutbox pastu keluar..

    ReplyDelete
  6. entri tu best... tapi yg bawah tu lagi best... Fazura nak trn KB..... hahahahahah

    ReplyDelete
  7. @Suraya kalau blog famous salalu kena spam. tapi blog cikai mcm blog i tak penah kena lagi. heheh~~ ;)

    ReplyDelete
  8. @madamnora: entry ni berguna utk junior2 sy yg amik Internet for Journalistic Research! BJD ape entah! hahaha!

    ReplyDelete
  9. agreed..sangat annoying ada lagu bagai... :)

    ReplyDelete
  10. @SalimHarmanain: kann?? hee~~ ;)

    @emeeraasnary: thank you~ ;)

    @ObatSakit2011: welcome dear.. ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top