(Sinopsis) Kau Yang Terindah di Slot Akasia

2


Menyusuli Dejavu di Kinabalu yang bakal berakhir tidak lama lagi, stesen Tv nombor 1 negara, Tv3 bakal menyiarkan sebuah lagi drama baru bertajuk Kau Yang Terindah bagi mengisi Slot Akasia.

Drama bersiri 26 episod ini dibintangi oleh Neelofa dan Nazim Othman serta menampilkan pelakon dari Indonesia, Hafil Andrio Putra. 

Kau Yang Terindah mendapat sentuhan oleh pengarah tersohor, Eirma Fatima (dua kali berturut-turut drama Eirma!) bakal bersiaran mulai 6 Ogos 2012, setiap Isnin - Khamis pada jam 7 malam!

Sinopsis Kau Yang Terindah:

Drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya.

Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.  

sumber: Facebook page Kau Yang Terindah

Info ciput je, saya update later lah. Okbai!

Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. sy nak tau kesudahannye..klu la die pilih firman sy pasti akan menyesal tonton drama ni..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top