(Sinopsis) Ruby di Slot Samarinda

1

Drama Putera Rayyan akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dan bakal disusuli dengan sebuah lagi siri drama terbaru, RUBY di Slot Samarinda.


Drama bersiri terbitan Metrowealth Pictures ini bakal dibintangi oleh Siti Saleha, Sharnaaz Ahmad, Hanez Suraya, Maria Farida, Esma Daniel, Kartina Aziz, Shima Anuar, Adey Syafrien dan ramai lagi.

Ruby bakal membuka tirai 2013 ini bakal bersiaran mulai 2 Januari 2013, setiap Selasa hingga  Khamis 10.30 malam.


 Sinopsis RUBY:

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. 

Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut.

Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia? 
Sumber: Metrowealth Pictures

<< previous post: TEMPLATE BARU!

p/s: Jemput singgah ke entry contest iPhone 5 Gadget Impian dan kalau sudi click la button G+1 tu. Thank you! :D
Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. sharnazz seyess nampak panas baran dalam drama ni. yg realiti pun ramai kata mcm tu.=.='

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top