(Sinopsis) Sehangat Asmara di Astro Mustika HD

2

Selepas drama Adam dan Hawa mencipta fenomena tersendiri, kini Astro Mustika HD akan mengulangi kejayaan itu dengan sebuah lagi drama bersiri hebat, SEHANGAT ASMARA.
Sehangat Asmara terbitan Global Station Sdn Bhd merupakan sebuah drama yang turut diadaptasi dari novel Sehangat Asmara hasil karya Aisya Sofea.  Diarahkan oleh pengarah berbakat Feroz Kader, drama bersiri ini dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena, Hafizuddin Fadzil, dan Dian P.Ramlee.



Drama bersiri 33 episod ini bakal menemui penonton mulai 21 Januari 2013, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134)

Sinopsis Sehangat Asmara

Mengisahkan Kamilia Najwa atau Kay yang melanjutkan pelajaran di London, kemudian bertemu dengan Zainal Arief. Kay seorang gadis yang agak sosial, Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan mahu merubah hidup Kay yang hanya hanyut dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara tetapi perkahwinan mereka tak direstui oleh keluarga.

Zainal pulang ke Malaysia terlebih dahulu meninggalkan Kay yang sedang hamil anak mereka di luar negara, namun dia berjanji kepada isterinya yang dia akan pulang. Kemudian, Kay dibawa pulang ke Malaysia oleh keluarganya dan memaksa Kay lupakan Zainal.

Sebilan 9 tahun berlalu, anak mereka sudah membesar barulah Zainal muncul untuk menuntut hak sebagai bapa kepada anak perempuan mereka , Misya. Kay menyimpan dendam terhadap Zainal dan tak mahu membenarkan Zainal menghampiri Misya kerana meninggalkan dia selama 9 tahun tanpa kabar berita.

Apabila Zainal mahu membawa kes ke mahkamah barulah Kay lembut hati membenarkan Zainal bertemu anak mereka. Hubungan mereka kembali rapat dan Zainal masih ada perasaan cinta lagi dengan Kay, sedangkan pada ketika itu keluarga Kay mahu Kay berkahwin dengan Azman. Zainal mula meraih cinta dari Kay semula kerana mahukan keluarga yang bahagia dengan Kay dan anak mereka. Misya pula sedah rapat dengan Zainal, demi anak mereka Kay hidup semula dengan Zainal walaupun dia masih lagi berdendam dengan Zainal...
Selamat menonton! 

Previous entry: Wordless Wednesday: LISTEN! LISTEN! LISTEN!


Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. nik, dimana nak dapatkan novel ni? :) nak cari la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu la PG, rasanya kena order kot sebab novel dah lama ni. hehe..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top