26 Mac 2013

Perkhidmatan Terbaik dari ZALORA


Hello internet! Masih ingat dengan entry Voucher dari Zalora? Ok, saya nak kongsi sikit pengalaman membeli-belah di portal online shopping terkenal iaitu Zalora!

Menjanjikan penghantaran dalam masa tiga hari (weekdays) yang dicanang syarikat itu ternyata bukan omong kosong. Mana taknya, saya proceed order pada hari Ahad, dan  barang yang saya tempah tiba pada hari Selasa! 

Voucher yang saya dapat tu saya guna untuk beli tshirt dan tshirt tu sampai ke rumah dengan keadaan baik. Sangat berpuas hati dengan kualiti dan saiz tshirt ni. Selain itu, saya memberikan 'thumbs up' kepada perkhidmatan yang disediakan Zalora. Sungguh efficient, cepat memberikan respon selepas membuat tempahan.


Jika anda ingin beli belah di Zalora, apa yang anda perlu buat hanya mendaftar dengan beberapa langkah mudah, kemudian membuat pilihan barangan. Setelah selesai, anda perlu isi maklumat seperti nama, email, dan alamat. Hanya semudah itu! Apa yang menarik, Zalora  menyediakan penghantaran percuma ke seluruh negara. 


Pada anda yang masih ragu-ragu untuk membeli-belah atas talian, anda perlu buang perasaan itu apabila berurusan dengan Zalora kerana mereka menyediakan perkhidmatan yang terbaik setakat ini. Zalora menyediakan cara yang mudah dan pantas kepada pelanggan untuk mendapatkan produk berkualiti. 

Cepat dan menjmatkan masa, selain menawarkan seleksi pakaian dan aksesori menarik tak kira untuk lelaki atau wanita. Kerana itulah anda perlu membeli-belah di Zalora!

Beratus jenama, beribu gaya!

Thank you ZALORA!


2 ulasan:

  1. wah... membeli di zalora ye..?!

    Hari tu ada terbaca dalam 2-3 blog, katanya service di zalora sangat teruk... ada yang dah buat bayaran, tapi brg tak tiba hingga sebulan lebih... hm... mungkin rezeki masing2 ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. La yeke? Sy tak pernah dengar pulak. So far ramai yg puji..
      Eh, sy tak 'membeli' jugak madam, Zalora bagi voucher.. hehe! :p

      Padam