MELAYU BOLEH

22

Sehingga kini pelbagai kemudahan yang telah dihulurkan oleh kerajaan kepada orang Melayu. Persoalannya, adakah Melayu itu sendiri bersyukur dengan keistimewaan yang diterima sekian lama ataupun masih mengharapkan bantuan tanpa berbuat apa-apa.

Sehingga tahun 2013, pelbagai kejayaan yang telah dicapai oleh orang Melayu. Lihat, tak semua Melayu malas dan mengharapkan bantuan semata. Sebagai contoh dalam dunia IT ini, Allahyarham Azli Paat. Pada tahun 90an beliau lah orang yang banyak menerangkan mengenai ilmu IT kepada rakyat Malaysia melaui corong radio.

Bijak, kreatif, dan tidak berputus asa dalam bidang IT membolehkan beliau menerima pelbagai anugerah saban tahun. Sumbangan Allahyarham amat besar sehingga menerima Anugerah Perdana Menteri “Best of the Best” APICTA pada 2012. Jika anda ingin tahu, aplikasi DAPAT dan mySMS adalah merupakan ciptaan Azli. Azli juga merupakan individu yang mencipta RakanCop di mana ia merupakan talian yang memudahkan orang awam berhubung dengan polis bagi membanteras jenayah. Betapa hebatnya Azli Paat.  


Tidak perlulah saya sebut nama-nama Melayu yang berjaya. Jika mereka boleh lakukan, mengapa tidak kita? 

Setelah berpuluh-puluh tahun merdeka, segelintir masyarakat Melayu masih menuding jari terhadap kaum Cina. Kata-kata yang sering dilemparkan seperti "alah, biasa la orang Cina, diorang mesti nak tolong kaum sendiri", "orang Cina memang pandai, mana boleh lawan", "kalau bisnes besar tu mesti Cina". Mengapa mahu salahkan kaum Cina sedangkan Melayu juga boleh?

Sedar atau tidak, itulah alasan yang sering kita gunakan apabila melihat kejayaan orang lain. Kalau Cina pandai, Melayu juga ada yang pandai. Kalau Cina mempunyai empayar perniagaan yang berjaya, mengapa kita tidak? Kalau kaum Cina boleh bersatu, mengapa kita tidak boleh buang rasa hasad dan dengki terhadap kaum sediri sebaliknya bantu mereka dan berusaha dengan lebih keras.

Saya bukan ingin menhina kaum sendiri kerana saya tahu itu adalah kerja yang sia-sia. Tapi saya tertanya-tanya mengapa kaum Cina boleh berjaya tanpa tanpa hak keistimewaan seperti Melayu? Allahyarham Azli Paat mendapat hak keistimewaan, tapi beliau 'melabur' keistimewaan yang dimiliki untuk menghasilkan kejayaan. 

Melayu boleh mencapai kejayaan, Melayu bisa mencipta nama, Melayu mampu berjaya dalam segenap bidang, akedemik, perubatan, kejuruteraan, undang-undang, mahupun sukan. Melayu boleh!

Tags

Post a Comment

22Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Simple, nice and good luck!

    ReplyDelete
  2. Salam, tahniahlah jugak menang pergi Old Trafford. See you on Friday ye. Bawaklah saya pergi Manchester tu :-(

    (hahahaha)

    ReplyDelete
  3. melayu boleh
    yaa, boleh pi manchester free
    mantop
    tahniah

    pergi ke press conference nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu boleh! rasa mcm tak pergi PC. hehe.. :)

      Delete
    2. Oh tak pergi ke? Saya dapat call diaorang cakap buat dekat One World Hotel. InsyaAllah saya pergi.

      Delete
    3. saya pun x dapat pergi, kerja...
      mintak diorang wakilkan...
      bro, nnt share ye apa kita dapat dlm bag misteri tu, haha
      misteri betul bunyi nye

      Delete
    4. All right. Malam tu jugak aku post kat blog dapat apa. Harapnya berbaloilah ambik cuti hehe. So nanti korang ambik dekat office Nuffnang ke?

      Delete
  4. Semoga berjaya bro....semuanya tertunpu pada keyword "Melayu Boleh". Moga kita sama2 menjayakan untuk mengatasi laman2 yg tak elok tu, jika mampu itu satu bonus. Ada amsa singgah di blog saya ye. Ada juga entri ini. Sama2 join tu.... Insya Allah tercapai hasrat semua dan semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck juga utk anda!

      Delete
    2. macam nak join jugak la klu ada masa
      sempat lagi ke tak eh?

      Delete
    3. Dah tamat dah 12 julai hari tu.. :)

      Delete
    4. Terima kasih...moga apa yang dihajati boleh dicapai...iaitu berada di page 1. Insya Allah...tercapai nanti...

      Delete
  5. sekarang dh boleh nampak contest ni hampir mencapai target...tapi masih belum dpt tolak yg rangking no1 tu...kuat betul bomoh dia pakai

    ReplyDelete
  6. wah... bagus.. bagus.. join contest tu... good luck anyway... ;)

    ReplyDelete
  7. Salam....Tahniah..berjaya juga tersenarai sebagai peserta....semoga berjaya.....harap-harap boleh menang jika entri ini berada di page 1. Insya Allah ....TQ..Ada masa jom singgah di artikel blog saya "Melayu Boleh"...sama2 kita sokong "Melayu Boleh"....

    ReplyDelete
  8. nice article...semoga maju jaya..

    ReplyDelete
  9. tahniah krana tersenarai ..tapi, rank no1 tu payah betul nak tolak ..hmm ..

    ReplyDelete
  10. Salam Aidilfitri...semoga berjaya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top