TRAVELOG: Pengalaman Menonton Aksi Man Utd di Old Trafford

14

Hello internet! Ini merupakan kali pertama saya buat entry berkonsepkan 'travelog', sebab jarang dapat peluang melancong. Alhamdulillah baru-baru saya berpeluang terbang ke Manchester, UK atas tiket pemenang utama blogging contest Mencari Ramli 2 anjuran TM.

Setelah menempuh penerbangan selama 14 jam bersama KLM Royal Dutch Airlines termasuk transit 3 jam di Schiphol Airport, Amsterdam, me and my big brother akhirnya tiba di Manchester!!! 

Artikel berkaitan: Pengalaman Terbang Bersama KLM Royal Dutch


Setibanya kami di sana, kami berjumpa dengan Kak Moerni iaitu wakil dari TM. Kami sampai dalam pukul 10.30 pagi. Cuaca kat sana sejuk juga walaupun tengah summer. Sebelum ke hotel, driver teksi tu bawak kitorang lalu depan Old Trafford, konon-konon nak bagi teaser sebelum game esok.  Hihi!



Then, kami sempat singgah ke Arndale, iaitu shopping mall yang terletak di Manchester city center sambil menikmati makan tengahari di Nando's iaitu salah satu restoran halal di Manchester. Kami menginap di Arora Hotel di Princess St. Tidak sempat menikmati kehidupan malam di Manchester kerana kepenatan dan sakit kepala akibat jet lag serta perubahan masa enam jam yang cukup terasa.

Kalau nak menempah hotel, saya cadangkan tempah di Agoda.com, sebab mereka menawarkan harga berpatutan, banyak pilihan dan paling penting, selesa.


Hari kedua di Manchester, kami menikmati sarapan pagi di hotel sebelum sekali lagi ke city center. Kami cukup bertuah kerana tidak perlu menaiki kenderaan awam untuk ke pusat bandar, kedudukan hotel penginapan cukup strategik and the city center took only 5-minute walk.


Hard Rock Cafe Manchester
 



Kami shopping di Primark, kat sini pakaian boleh didapati dengan harga serendah 2 pound! Tapi tak banyak pilihan untuk saya yang bersaiz kecil. Cuma beli tshirt dengan socks yang memang dah lama cari. Yesss! Kemudian, kami ke National Football Museum (NFM) di Cathedral Gardens. NFM menempatkan lebih 140 ribu item melibatkan bola sepak seluruh dunia. Apa yang menarik, setiap item bersejarah diterjemahkan melalui pameran bertaraf antarabangsa.


National Football Museum








Antara item yang terdapat di National Football Museum
Penat berjalan, perut mula lapar. Kami menikmati makan tengahari di Tampopo Restaurant yang menyediakan makanan dari Asia Tenggara. Ternyata  hidangan Asean dari chef 'mat saleh' berjaya menangkap selera rakyat Malaysia. 


Nasi Goreng Indonesia, siap ada keropok. Lol!
Okay masa untuk tengok bola, kerana itulah tujuan utama kami terbang ke Manchester. Kami bakal menyaksikan Manchester United bertemu Chelsea di stadium Old Trafford! Jarak antara hotel dan stadium mengambil masa kira-kira 15 minit, so dalam van kami tengok kawasan kejiranan Manchester sambil tengok tv. Setibanya di stadium orang ramai mula memenuhi tempat duduk. 

Masuk je Old Trafford.....Pergh!! Perghh! Cantiknya! Kami duduk seat atas, bersebelahan dengan die hard fans yang menyanyi pelbagai jenis lagu buat pasukan kesayangan mereka. Salute kat diorang sebab dari pemain tengah warm up sampai tamat perlawanan, diorang nyanyi tanpa henti siap hentak kaki segala. Penyokong memang bagi sokongan padu pada pemain, bersorak setiap kali Man U dapat bola. Cukup happening! Sebelum ni cuma tengok di kaca tv, kini saya dapat merasai sendiri pengalaman berada di dalam Old Trafford. 


Warming up...
View from our seat! Wooo!

Game pada malam tu biasa-biasa sahaja tak banyak percubaan bahaya dari tuan rumah mahupun pihak lawan. Tapi still enjoy! Cuma, saya kecewa sebab tak berpeluang tengok mereka menjaringkan gol apabila perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan. Nak jugak tengok macam mana penyokong meraikan gol. Haha! Apa-apa pun, saya sempat bergambar dengan mafla The Red Warriors! Yeah! Achievement unlocked!

Keesokkan harinya we woke up early in the morning, packed our stuff, breakfast, dan sempat ke city center buat terakhir kalinya. Singgah di Primark sekali lagi, then masuk Man City store, dan ambil gambar sekitar Manchester Town Hall yang tersergam indah.  Tepat jam 12pm, kitorang check out hotel and was NOT ready to fly home... :(


Manchester Town Hall
Taxi... Cute isn't it?
Apa yang menarik di mata saya adalah suasana yang cukup tenang dan nyaman walaupun berada di tengah-tengah pusat bandar. Manchester sememangnya unik, menghirup udara segar sambil menikmati keindahan bangunan lama dan baru will definitely be missed.

To be honest, saya tak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke Manchester, sekali pergi terus dapat tengok dua pasukan gergasi eropah beraksi di Old Trafford. Satu pengalaman yang cukup berharga dan bakal dikenang sampa bila-bila. That was the farthest I've ever been away from the mainland. Thanks again TM kerana membawa saya ke bumi Manchester serta di atas layanan yang tip top! It was a dream come true of a dream that I never had.

Hopefully, ini bukan kali pertama dan terakhir. Manchester, till we meet again.



Post a Comment

14Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. congratulations dear, farah tumpang happy untuk awak... ^_^

    ReplyDelete
  2. tahniah, bertuah badan dapat pi sejauh tu... ^__^

    ReplyDelete
  3. nampaknya dah makin menyerlah dalam dunia blogging!! cayalah... :D er ole2 untuk saya ada? hahahahha

    ReplyDelete
  4. OMG.. best gle mg jammy!. hehe.. jealouss hehe..;)

    ReplyDelete
  5. tuah ayam nampak di kaki,
    tuah nik khazami nampak di entri mencari Ramli


    seronok je tengok gambar-gambar kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki kan? haha

      banyak lagi gambar, boleh tgk kat FB.. hihi!

      Delete
  6. Tahniah.. Bertuahnya.. Saya pernah jejak di sana awal tahun hari tu. Tapi tak dapat tengok perlawanan bola sehari sebelum tu. Memang best la berada dekat sana.

    ReplyDelete
  7. Wah.tahniah.its all free of charge.Kenang samapi bila2x ni.
    Salam Ukhwah

    ReplyDelete
  8. Wow, bestnya NK dapat ticket FREE ke Old Trafford lagi tu....congratulations

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top