Pengalaman Terbang Bersama KLM Royal Dutch

10

Hello internet! Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman menaiki penerbangan KLM Royal Dutch (KLM) sewaktu ke Manchester baru-baru ini. Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya menaiki penerbangan jarak jauh, so agak exited jugak la.
 
Saya menaiki pesawat Boeing 777-300ER (kelas ekonomi) dari KLIA ke Manchester dan transit di Amsterdam. So, nak cerita dulu penerbangan dari KL ke Amsterdam yang mengambil masa kira-kira 11 jam. 

Oh, KLM merupakan syarikat penerbangan dari Netherlands, maka majoriti cabin crews adalah berbangsa Dutch (dari gaya bahasa mereka). Tapi tiada masalah kerana setiap pengumuman diterjemahkan dalam bahasa Inggeris with British accent. Hihi!

 


Cabinnya cantik, berwarna biru bertepatan dengan warna tema KLM itu sendiri. Bukan sahaja tempat duduk, malah karpet, buckle seat, para cabin crews juga memakai uniform berwarna biru. 

Dari segi perkhidmatan pula, setiap penumpang disediakan selimut, bantal, dan headset untuk disambungkan pada mini screen yang terdapat dihadapan setiap tempat duduk. KLM menyediakan perkhidmatan 'Wifi-On-Board', namun penumpang perlu membuat pembayaran melalui kad kredit jika ingin mengakses internet. Tisu panas untuk refreshment turut disediakan.

Selepas take-off kami dihidangkan dengan snack dan welcome drink yang terdiri dari minuman panas, alkohol, soda, dan jus. Saya memilih apple dan orange juice sepanjang penerbangan. Memang best, tidak terlalu manis dan probably the best apple juice yang pernah saya minum.  




Banyak jugak movie yang disediakan melalui personal screen, tapi kebanyakkan yang saya dah tonton. Antaranya Olympus Has Fallen, The Lorax, The Croods, The Place Beyond The Pines, Despicable Me, etc. Agak menarik in-flight entertainment KLM kerana terdapat pelbagai pilihan kategori seperti konsert, lifestyle, family, sports, dan news.

Satu jam kemudian, para penumpang dihidangkan dengan makan malam. Oh! masa book online ticket tu make sure anda ticked Halal food, kerana pihak KLM turut menyediakan makanan bagi penumpang beragama Islam. Masa tu kami diberi dua pilihan samada nasi ataupun pasta, saya pilh pasta. Nak jugak rasa pasta mat saleh. Pasta hadir bersama appetizer, (betik apa entah), dessert (chocolate cake), roti, dan jus. Boleh tahan juga KLM food services ni..




Beberapa jam kemudian sebelum mendarat, kami dihidangkan dengan sarapan pagi yang terdiri dari omelette, hashbrown, hotdog, buah-buahan, strawberry yogurt. 

Setelah menempuh 11 jam penerbangan, akhirnya sampai di Amsterdam! 11 jam rasa macam satu hari bila dijuji dengan sakit belakang. Pheww! So kami tiba di Schiphol Airport kira-kira jam 5:30 pagi. Tidak seperti di Malaysia, jam 5 pagi di Netherlands sangat cerah mungkin disebabkan waktu siang yang lebih panjang dalam musim panas. 

Schiphol Airport

Penerbangan saya transit selama 3 jam sebelum bertolak ke Manchester. Jadi sempat jugak jenguk2 sekitar Schiphol Airport. Ramai jugak orang Indonesia dan Arab. Airportnya cantik, besar, tapi tak boleh lawan KLIA.. hehe! Banyak kedai menjual souvenir yang dijual secara bebas cukai. Urus niaga dilakukan menggunakan mata wang Euro. Tetapi oleh kerana saya hanya mempunyai duit pound sterling dan ringgit, saya terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan souvenir dari Amsterdam. Malas nak tukar currency.

Then, sambung journey ke Manchester, UK. Penerbangan dari Amsterdam ke Manchester biasa-biasa sahaja, tiada personal screen atau makanan kerana hanya  mengambil masa selama satu jam. Cuma penumpang dihidangkan dengan snack dan minuman. 


Leaving Amsterdam
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di bumi United Kingdom. Saya menginap di Manchester cuma 3 hari 2 malam sahaja. Nasib baik sempat jalan-jalan. Bla.. bla.. bla... Penerbangan dari Manchester - Amsterdam - KL sama sahaja tiada banyak perubahan. Luckily, I was able to get a window seat bagi penerbangan pergi dan pulang.

Amsterdam dari pandangan atas
Nampak kapal terbang lain terbang seiringan. Something we don't see everyday.
Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik merentasi benua berjalan lancar. Boleh click entry INI untuk baca percutian singkat saya di Manchester!

Overall, KLM was good. Flight okay, perkhidmatan serta cabin crews pun okay. Saya tak boleh nak bandingkan dengan syarikat penerbangan lain sebab ni first time fly jauh. Jadi anda tak perlu teragak-agak untuk memilih KLM untuk terbang ke destinasi impian. Harap KLM flight review ini dapat membantu anda.

p/s:  gambar tanpa watermark saya ambil dari Google sebab tak sempat nak snap. Haih..


Previous entry: Selamatkan Kucing Terperangkap

Post a Comment

10Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. wah. best nya pergi mnchster. singgah sini :)

    ReplyDelete
  2. wah. best la dapat jalan-jalan.

    ReplyDelete
  3. salam..

    not bad jugak KLM nie yer rupanya..my fren pun pernah travel guna KLM dia bagi good review on it..

    p/s: follow sini

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. 11 jam? pengsan! saya naik fight ke kuching pun dah mabuk... huhuhuguane nak terbang jauh? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh madam.. kena ada perasaan exited baru tak mabuk.. hihi! :D

      Delete
  5. Saya juga hendak berbagi cerita tentang KLM di blog. Sewaktu googling mencari judul, ketemu pula blog ini. Salam perkenalan dari Indonesia :D

    KLM and Schipol Airport Experience

    ReplyDelete
  6. Seat dia besar sikit berbanding kapal terbang lain (saya rasalah) hehe.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top