Review Buku: Fail Sulit Presiden Amerika

3
Hello internet! Okay, saya nak buat ulasan buku. Sesuatu yang jarang berlaku dalam blog ni, bukan jarang tapi tak pernah. Saya suka membaca, tapi jarang beli buku kerana lebih memilih internet sebagai pusat pencarian informasi.

Baru-baru ni saya beli buku FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA (FSPA) yang ditulis oleh Muhd Nur Iman Ramli.  Sudah pasti saya tertarik untuk mendapatkan buku ini kerana tajuknya. Sebab saya cukup berminat dengan apa sahaja yang berkaitan dengan United States of America. Hehe!

So, lepas habis baca saya kira maklumat yang terdapat dalam buku ni tidak lah se-sulit mana. Well, I wasn't expecting too much sebab takkan rakyat Malaysia boleh tahu rahsia sulit Amerika kan? 


Buku ni membawa pembaca memahami sejarah ringkas Amerika, hubungan negara berkenaan dengan Israel, serta latar belakang 44 presiden dan penekanan diberikan kepada Presiden Barack Obama sebagai presiden pertama berketurunan Afro-America negara Uncle Sam tu. 

Pada saya FSPA sarat dengan pengetahuan menarik berkenaan Amerika serta pengaruh individu yang dianggap paling berkuasa di dunia. Sedikit fakta ringkas mengenai White House, serta sekitar kehidupan seorang presiden. 


Walaupun kesemua maklumat boleh didapati dari internet, tapi tidak sama dengan gaya penulisannya yang santai dan mudah difahami membuatkan pembaca ingin terus menyelami isi kandungan buku ini.

Jika anda meminati filem National Treasure: Presiden's Book Of Secrets, White House Down, Air Force One, dan beberapa lagi karya berkisar tentang kerajaan Amerika, buku ini adalah highly recommended.

So far, best dan sangat berbaloi.  Boleh didapati dengan harga RM20 atau RM17.50 di pasaraya Mydin. Hehe..



Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top