(Sinopsis) Cinta Mat Semperit di Tv3

4

Sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada 15 Oktober bersamaan  10 Zulhijjah 1434, Tv3 sebagai stesen televisyen no. 1 negara tampil memeriahkan sambutan dengan telemovie CINTA MAT SEMPERIT istimewa buat tontonan seisi keluarga.

Telemovie berdurasi dua jam terbitan Primeworks Sdn Bhd ini membariskan pelakon berbakat seperti  Izara Aishah, Aeril Zafrel, Fasha Sandha, Roy Azman, dan ramai lagi. 


Cinta Mat Semperit arahan Raja Ahmad Alauddin dan skrip garapan Azlina Pa'wan ini bakal bersiaran pada 15 Oktober 2013, jam 10 malam hanya di Tv3.

Sinopsis Cinta Mat Semperit

Cinta Mat Semperit mengisahkan tentang Kak Lola (lakonan Fasha Sandha) yang handal membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih semperit terbaik di kampungnya. 
 
Namun, bakat Kak Lola itu dicemburui oleh Chef Kamus (Roy Azman). Chef Kamus ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih semperit. Jadi, Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani menjadi perisik untuknya bagi mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola.

Chef Kamus mahu Ariani berkawan rapat dengan anak lelaki Kak Lola iaitu Ariel. Kebetulan pula ketika itu Ariel sememangnya meminati Arian dalam diam. Jadi, ini memudahkan Ariani untuk berkawan rapat dengan Ariel. Pada mulanya Ariani tidak mahu memenuhi permintaan abangnya namun Chef Kamus berjanji jika Ariani berjaya mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola dia akan menghadiahkan sebuah motosikal kepada Ariani. 

Bagi mendapatkan motosikal idaman, Ariani sanggup berkawan rapat dengan Ariel. Ariani mula menjalankan tugasnya dan meminta Ariel mendedahkan resepi kuih semperit Kak Lola kepadanya. Demi  memenangi hati Ariani, Ariel sanggup belajar cara-cara untuk membuat kuih semperit dari Kak Lola.

Pelbagai adegan lucu dan menarik yang terjadi sepanjang usaha kedua-dua pihak untuk mendapatkan resipi istimewa kuih semperit Kak Lola. 

sumber: tv3

Selamat menonton!


Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. wahh gandingan mantap Izara Aisyah dan Aeril Zafrel , mesti cerita ni best :-)

    ReplyDelete
  2. melayu asyik citer cinte je..bukan nak downkan sesiape.. just buatlah citer yang adventure sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. tapi bila ada cerita adventure, tak menjadi pulak.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top