Jumaat, 27 Disember 2013

Fakta Tentang Masjid Al Aqsa


Hello internet! Baru-baru ni nampak bro DenaiHati (DH) berkongsi gambar-gambar menarik di Masjid Al Aqsa sewaktu #KembaraPalestin melalui akaun Instagram miliknya. Bertuah betul dapat menjejakkan kaki ke sana, apatah lagi pada suhu rendah.




Umum mengetahui bahawa Masjil Al Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat islam dan merupakan masjid yang ketiga paling mulia disisi Allah SWT. Namun, masih ramai lagi umat Islam yang keliru mengenai fakta di mana ada yang menyangka Dome of Rock itulah Masjid Al Aqsa. Ada pula yang menganggap Dome of Rock itu bukan Masjid Al Aqsa selepas diputar belitkan oleh orang Yahudi.

Fakta Masjid Al Aqsa

1. Terletak di dalam kawasan Baitulmuqaddis, Tebing Barat, Masjid Al Aqsa adalah keseluruhan tanah lapang dan bangunan yang dikelilingi oleh tembok (rujuk gambar: digariskan dgn warna kuning)


2. Masjid yang mempunyai kubah berwarna kuning keemasan adalah Masjid Qubbah (Masjid Kubah Batu) atau Dome of Rock telah dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada tahun 69-75 hijrah.

3. Masjid yang mempunyai kubah berwarna hijau tua adalah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah kerana kerap digunakan untuk menunaikan solat Jumaat. 

Masjid Qibli
4. Rasulullah di israkkan ke Masjid Al Aqsa iaitu di dalam Dome of Rock, sebelum dimikrajkan ke Sidratul Muntaha bertemu Allah. Jadi tidak tepatlah jika sesetengah pihak mengatakan Dome of Rock bukan sebahagian dari Al Aqsa.


Padangan dalam Dome of Rock dari akaun Instagram DH
5. Jika menyebut Masjid Al Aqsa, ia bermaksud semua monumen termasuk Dome of Rock, Masjid Qibli, Masjid Buraq, masjid kecil di dalamnya, perpustakaan, kelas pengajian, Dome of Chain, Dome of Ascension, dan lain-lain.

6. Masjid Al Aqsa dari segi bahasanya bermaksud 'masjid terjauh', memilik keluasan kira-kira 144,000 persegi. Turut dikenali sebagai Al Haram asy Sharif yang bermaksud 'tanah suci yang mulia'.

7. Menyimpan pelbagai kisah-kisah anbia kerana bumi ini menjadi pilihan para Nabi dan Rasul tinggal dan menyebarkan agama Islam. Bumi ini juga menjadi tempat persemadian ramai tokoh-tokoh Islam, para Nabi dan Rasul.

8. Di dalam kawasan Masjid Al Aqsa terdapat Masjid Al Buraq iaitu tempat Rasulullah menambat Buraq sebelum berjalan ke Dome of Rock. Dinding Masjis Al Buraq berkongsi dengan Wailing Wall yang ditawan Yahudi pada tahun 1967 untuk dijadikan tempat ritual mereka.

9. Pada 21 Ogos 1968, pihak Yahudi telah merancang untuk membakar Masjid Al Aqsa dengan menugaskan seorang yang Yahudi dari Australia bernama Dennis Micheal Rohan. Namun usaha mereka gagal apabila rancangan jahat itu dikesan pihak Masjid Al Aqsa, dan Rohan ditangkap sebelum dibawa pulang ke Australia.

10. Namun, pada 21 Ogos 1969, Rohan kembali ke Palestin dengan bantuan Israel dan berjaya membakar Masjid Al Aqsa pada waktu subuh selepas umat Islam meninggalkan masjid.

11. Tiga kawasan utama Masjid Al Aqsa terjejas akibat kebakaran iaitu:
Masjid Umar yang terletak di penjuru sebelah selatan; Mimbar Salahuddin Al-Ayubbi dan mihrabnya; dan pintu atas yang terletak di penjuru sebelah barat daya.


12. Pada hari ini, Dome of Rock diuruskan oleh kerajaan Jordan atas persetujuan pada 1967, di mana ketika itu Raja Jordan telah mengecat kubah dengan emas asli seberat 80kg bernila USD6 juta.

13. Terdapat tinggalan binaan pada zaman Kerajaan Bani Ummaiyah, Abbassiyah, Uthmaniyah.

Kelebihan solat di Masjidil Aqsa

Keistimewaan menunaikan solat di Masjid Al Aqsa diterangkan dalam hadis Nabi yang bermaksud: 
"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."
Sesiapa yang mendapat berpeluang dan mendapat izin Allah untuk melawat Masjid Al Aqsa  disifatkan cukup bertuah. Kerana untuk menjejakkan kaki ke sana begitu sukar pengunjung perlu melalui sempadan Israel untuk ke Baitulmuqaddis dan berkemungkinan akan ditahan tanpa sebab. 

Rasulullah sendiri menggalakkan umatnya mengunjungi Al Aqsa melalui hadis yang bermaksud:
"Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah)"
Sehinggalah penjajahan Zionis ke atas Palestin, Masjid Al Aqsa kini hampir sunyi dengan pengunjung. Rakyat Palestin sendiri dipisahkan dengan temboh setinggi 9 meter. Umat Islam seluruh dunia disebarkan dengan maklumat palsu oleh Zionis supaya kita mengalih fokus daripada mempertahankan Al Aqsa.

Berdoalah supaya kita dapat menjejakkan kaki ke Masjid Al Aqsa dan semoga  tempat suci ini terus terpelihara, selain berdoa supaya rakyat Palestin bebas dari dipenjara di bumi sendiri.


Previous entry: Permohonan BR1M 3.0 Tahun 2014

4 ulasan: