Jadual Liga Super Kelantan 2014

0
Liga Malaysia 2014 dijadualkan bermula pada 17 Januari nanti. Bagi Kelantan pula, mereka akan melakukan sepak mula pertama pada 18 Jan menentang Sime Darby di laman sendiri.

Musim 2014 adalah musim yang mencabar kerana kebanyakkan pasukan dilihat bakal tampil dengan lebih kuat dengan dibarisi pemain-pemain berpengalaman. Namun di kem Kelantan, setiap pasukan adalah pencabar hebat yang tidak boleh dipandang mudah.

Bagi TRW, kekuatan disandarkan pada Pemain Paling Bernilai 2013, iaitu Mohd Badri Radzi sebagai perancang di bahagian tengah dan gandingan tiga awang import dikatakan  antara yang paling digeruni musim 2014. Kehadiran Mohammed Ghaddar yang pernah mencatat penjaring terbanyak Kelantan pada 2012, dan Forkey Doe pernah memenangi Kasut Emas Liga Super pada tahun yang sama. Manakala Mohamed Shawky seorang pemain berprofil tinggi pernah bermain bersama Middlesbrough di Liga perdana Inggeris (EPL). 

Ketiga-tiga gandingan ini bakal menjadi dominasi terbaik kerana mereka pernah beraksi bersama ketika mewakili kelab dari Mesir, Al-Ahli. Selain itu TRW membuka peluang buat pemain muda untuk buktikan kebolehan masing-masing.

JADUAL LIGA SUPER KELANTAN 2014

Pusingan Pertama:

TARIKH
PERLAWANAN
VENUE
18 Jan 2014
TRW vs Sime Darby
S. Sultan Muhammad IV
25 Jan 2014
Sarawak vs TRW
S. Negeri Kuching
28 Jan 2014
TRW vs PKNS
S. Sultan Muhammad IV
8 Feb 2014
Perak vs TRW
S. Perak, Ipoh
15 Feb 2014
TRW vs T-Team
S. Sultan Muhammad IV
8 Mac 2014
Lions VII vs TRW
S. Jalan Besar
15 Mac 2014
TRW vs Pahang
S. Sultan Muhammad
22 Mac 2014
Selangor vs TRW
S. Shah Alam
25 Mac 2014
TRW vs Johor DT FC
S. Sultan Muhammad IV
29 Mac 2014
Terengganu vs TRW
SSINS, Kuala Terengganu
5 Apr 2014
TRW vs ATM
S. Sultan Muhammad IV
 

Pusingan Kedua: 

TARIKH
PERLAWANAN
VENUE
12 Apr 2014
ATM vs TRW
S. MP Selayang
15 Apr 2014
Sime Darby vs TRW
S. MP Selayang
19 Apr 2014
TRW vs Sarawak
S. Sultan Muhammad IV
10 Mei 2014
PKNS vs TRW
S. Shah Alam
17 Mei 2014
TRW vs Perak
S. Sultan Muhammad IV
24 Mei 2014
T-Team vs TRW
SSINS, Kuala Terengganu
10 Jun 2014
TRW vs Lions XII
S. Sultan Muhammad IV
14 Jun 2014
Pahang vs TRW
S. Darul Makmur
17 Jun 2014
TRW vs Selangor
S. Sultan Muhammad IV
21 Jun 2014
Johor DT FC vs TRW
S. Larkin, Johor
25 Jun 2014
TRW vs Terengganu
S. Sultan Muhammad IV
  

*Sebarang perubahan tertakluk kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top