Permohonan BR1M 3.0 Tahun 2014

1

Gambar: http://bantuanrakyat1malaysia.com

Kerajaan meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menerusi BR1M 3.0 pada tahun 2014, dan kali ini nilai dan skop bantuan ditingkatkan seperti mana yang dibentangkan Perdana Menteri dalam Bajet 2014 baru-baru ini.

Selain itu, penerima isi rumah BR1M bakal menikmati Caruman Insuran Takaful Bekelompok Rakyat 1 Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 bagi memberi perlindungan sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Berikut merupakan syarat kelayakkan dan nilai bantuan BR1M 3.0


Syarat Kelayakkan
Nilai Bantuan
Isi rumah berpendapatan tidak melebihi RM3,000
RM650
Isi ruma berpendapatan tidak melebihi RM3,00 – RM4,000
RM450
Individu bujang 21 tahun ke atas berpendapatan tidak melebihi RM2,000
RM300
Isi rumah berpendapatan tidak melebihi RM4,000
RM50 caruman i-BR1M dengan manfaat maksima RM30,000


Tarikh permohonan BR1M 3.0 bermula pada 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014.

Cara Memohon BR1M 3.0

Borang permohonan BR1M 3.0 boleh dibuat secara online menerusi laman web eBR1M LHDN atau melalui:
  •  Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri
  •  Jabatan Kebajikan Masyarakat
  •  Jabatan Pembangunan Persekutuan
  •  Pejabat Pembangunan dan Pejabat Daerah
  •  Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
Penerima BR1M sebelum ini tidak perlu membuat permohonan kerana mereka layak menerima BR1M 3.0 secara automatik. Sebaliknya hanya perlu memaklumkan nombor akaun bank kepada LHDN sebelum 31 Jan 2014.

Dokumen yang diperlukan ketika datang mendaftar:
  • Borang pendaftaran BR1M 3.0
  • Salinan MyKad/ kad Polis/ kad Tentera
  • Salinan slip gaji anda jika perlu 

*Permohonan hanya perlu dibuat untuk calon baharu sahaja.



Previous entry: Sinopsis Drama Ariana Rose di Tv3

Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top