Isnin, 24 Februari 2014

Percutian Menarik ke Kemboja


Sebut sahaja Kemboja, pastinya monumen berusia ribuan tahun dan keunikan budaya negara itu di terlintas difikiran. Walaupun dari segi pembangunan, Kemboja tidak sehebat China dan Jepun atau negara lain di rantau Asia, namun negara itu tetap memiliki daya tarikannya yang tersendiri. Bagi anda yang inginkan percutian menarik dan penuh berinformasi, Kemboja adalah destinasi terbaik untuk dikunjungi.

ANGKOR WAT

Antara destinasi yang wajib dilawati di Kemboja adalah Angkor Wat yang terletak di Siem Reap. Kepada yang belum tahu, Angkor Wat adalah kuil Hindu dibina oleh  Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12, dan merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia. 




Dengan reputasinya sebagai salah satu daripada keajaiban dunia, kota purba yang mempunyai seni bina yang unik itu menjadi lokasi persinggahan utama. Menariknya di Angkor Wat, anda berpeluang melihat lokasi penggambaran filem Hollywood iaitu Lara Croft: Tomb Raider lakonan Angelina Jolie.



TASIK TONLE SAP

Anda tidak mungkin menikmati segala keseronokan yang tersimpan di negara itu dengan hanya satu kunjungan. Tasik Tonle Sap, iaitu tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara merupakan satu lagi tempat menarik di Siem Reap. Rentak pasang surut airnya berbeza mengikut musim.  


Tasik yang meliputi empat wilayah iaitu Siem Reap Battambang, Kampung Tom, dan Pursat ini berkeluasan 3,000km persegi pada musim kering dan mampu mencecah sehingga 16,000km persegi pada musim tengkujuh. Apa yang menarik mengenai Tasik Tonle Sap ini adalah kiri dan kanan tebing terdapat perkampungan terapung. Antaranya terdapat kediaman, pasar terapung, gereja, dan dapat melihat penduduk tempatan mencari rezeki sebagai nelayan. Menaiki bot kecil mengharungi tasik untuk melihat perkampungan atas air pastinya memberikan pengalaman baharu.


PHNOM PEHN

Destinasi seterusnya  ibu negara Kemboja, iaitu Phnom Pehn. Tarikan utama pelancong adalah Tuol Sleng Genocide Museum, yang dahulunya merupakan blok sekolah dan kemudian dijadikan tempat penyeksaan tahanan ketika zaman pemerintahan Khmer Rouge pada tahun 1975 – 1979. Menurut sejarah, tentera Khmer Rouge merupakan komunis ekstrem yang membunuh pekerja kerajaan terdahulu, penganut agama Kristian, Budha, Islam, dan alim ulama. 





Golongan profesional juga dibunuh dengan kejam kerana mereka khuatir golongan ini akan menentang mereka dan mempertahankan Kemboja. Muzium ini menempatkan 'real items' yang digunakan untuk menyeksa dan membunuh tahanan secara kejam. 



Masih ada lagi beberapa tempat menarik untuk dilawati sekitar Phnom Pehn antaranya Wat Ounalom, Wat Moha Montrei, Psar Thmei, dan River Front pastinya memiliki keunikkan tersendiri. Bagi anda yang cintakan sejarah, ingin membeli-belah, dan ingin meneroka budaya masyarakat lain, lokasi-lokasi ini wajib dilawati. 

TIPS BERCUTI KE LUAR NEGARA  



Lepas dah tahu tempat-tempat menarik di Kemboja, boleh la rancang percutian bersama keluarga atau rakan. So, saya nak kongsi beberapa tips untuk memudahkan percutian anda.

1. Buat Kajian - Selepas memilih destinasi pilihan, anda perlu membuat kajian sebanyak mungkin berkaitan negara yang bakal anda kunjungi. Contohnya situasi semasa negara berkenaan samada selamat atau tidak, dan tempat menarik yang biasanya menjadi tarikan pelancong.

2. Cuaca - Pastikan keadaan cuaca negara yang bakal anda kunjungi, jika melawat negara yang sedang mengalami musim sejuk pastikan anda membawa pakaian tebal dan bersesuaian.

3. Dokumen Perjalanan - Pastikan tarikh luput passport masih panjang dan melebihi enam bulan, jika tidak anda tidak dibenarkan ke luar negara. Selain itu, anda perlu pastikan negara yang bakal dikunjungi memerlukan visa atau tidak. Flight itinerary, alamat hotel, dan pen juga penting sebab nak isi borang imigresen dalam flight nanti.

4. Bajet - Samada percutian bajet ataupun mewah, anda perlulah membawa wang yang mencukupi. Senaraikan aktiviti yang akan anda lakukan dan anggaran perbelanjaan melibatkan penginapan, makan minum, pengangkutan, cenderahati, dan lain-lain. Ketahui kadar pertukaran negara berkenaan dan bawa lebihan wang untuk memudahkan urusan jika berlaku perkara di luar jangkaan.

5. Penginapan - Untuk melancarkan percutian, membuat tempahan hotel terlebih dahulu adalah digalakkan bagi mengelak risiko. Tempahan saat akhir agak mahal dan berkemungkinan penuh terutama musim perayaan atau cuti sekolah.

6. Keperluan peribadi - Tidak kira bercuti di dalam atau luar negara, keperluan peribadi haruslah dibawa seperti ubat-ubatan bimbang jika berlaku kecemasan. Dinasihatkan membawa makanan ringan seperti roti, biskut, dan Maggi untuk alas perut di hotel terutama jika berkunjung ke negara bukan Islam. 

Kalau nak menempah hotel, saya cadangkan tempah di - Agoda, sebabmereka menawarkan harga berpatutan, banyak pilihan dan paling penting, selesa.


Cambodia Muslim Holiday & Travel



Jika anda tiada pengalaman dan kenalan di Kemboja, anda boleh memilih untuk menggunakan khidmat travel agent. Jadi saya cadangkan anda guna khidmat agensi pelancongan Cambodia Muslim Holiday & Travel

Cambodia Muslim Holiday & Travel ni merupakan syarikat tempatan yang dipercayai dalam menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan ke Kemboja dan Vietnam. Agensi pelancongan ini adalah hak milik orang Islam di Kemboja yang dikendalikan oleh Ustaz Yahya Al Hafiz.

Antara kelebihan menggunakan khidmat Cambodia Muslim Holiday & Travel:
  • Memberikan perkhidmatan pelancongan berciri Islamik, jadi anda tidak perlu risau tentang tentang tempat solat serta makan minum kerana ia dijamin halal.
  • Pemandu pelancong yang fasih berbahasa Melayu, jadi anda tidak akan berdepan dengan masalah komunikasi.
  • Harga yang berpatutan.
  • Mempunyai reputasi yang baik dan dipercayai.
Agensi pelancongan ini memberikan pakej yang lengkap dari segi penginapan yang selesa, makanan halal, destinasi menarik, pengangkutan, dan pemandu pelancong. Dengan  Cambodia Muslim Holiday & Travel, percutian anda ke Kemboja akan  lebih bermakna selari dengan tagline syarkat itu, 'lebih mudah, murah, dan islamik', dan bakal menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi:

Website: www.cambodiamuslimholiday.com 

Emel : cmh.holidays@gmail.com / cmh.holidays@yahoo.com
cmh.holidays@gmail.com
Facebook : Ustaz Yahaya Cambodia

ATAU anda boleh semak Agoda di mana anda boleh membuat tempahan hotel secara online. Agoda adalah salah satu cara untuk mendapatkan diskaun di mana mereka menawarkan hotel pada harga murah di seluruh dunia termasuk Kemboja. Cara ini memudahkan anda untuk menempah hotel di luar negara. Anda boleh rujuk - www.agoda.com


Previous entry: (GAMBAR) Jersi Kelantan Bagi Piala AFC 2014

13 ulasan:

  1. Kemboja ini salah satu destinasi idaman. Insyaallah kalau ada rezki nak ke sana satu hari nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rugi pergi Kemboja. Banyak tempat menarik dan input yang kita dpt..

      Padam
  2. tips yang dikongsikan sangat-sangat berguna buat sesiapa yang mempunyai niat untuk keluar melancong di negara orang.

    Terima kasih banyak-banyak diucapkan atas penyertaan dalam contest ini :) dan semoga berjaya diucapkan.. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya saya nak maklumkan keputusan contest ni sudahpun dibuat dan senarai pemenang dah ada ditulis dalam entri baru: http://www.azri.my/2014/03/senarai-pemenang-contest-kembara-kemboja.html :)

      Boleh check ya.. Hehe

      Padam
  3. Teringin nak ke Sana. satu tips yang berguna. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas maklumat dan perkongsian. kena prepare macam-macam sebelum ke tempat orang

    Good luck ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, kena pikir segala kemungkinan bila kat tmpat orang. tq!

      Padam
  5. Emm menarik..tapi susah saya nak join ni contest..pengalaman tak ada...susah nak tulis artikel..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe, cuba baca dari paper pasal kemboja then olah sendiri. tapi contest ni dah ditutup.. :)

      Padam
  6. Nk share promosi Airasia...

    http://nazribcm2012.sharethisstory.net/my-852398-5736

    BalasPadam
  7. Kemboja memang best. Last trip Nov 2015, bersama-sama anak-anak ke Seam Reap dari Phnom Penh dan Ho Chi Minh. Memang terasa perbezaannya berbanding negara vietnam yang pesat membangun dengan keadaan Seam Reap yang 20 tahun ke belakang. Memang best la.

    BalasPadam