Isnin, 10 Mac 2014

BUKU CERITA CINTA AHMAD AMMAR


Pertama kali saya dengar tentang buku Cerita Cinta Ahmad Ammar (CCAA) adalah dari Sinar Harian. Buku yang mengisahkan perjuangan seorang anak muda bernama Ahmad Ammar ini mencetus fenomana yang tersendiri.

Buku terbitan Karya Bestari Sdn Bhd ini mendapat sambutan luar biasa apabila menerima tempahan atas talian sebelum buku ini diterbitkan. Selain terpaksa diulang cetak untuk kali ketiga kerana kehabisan stok. 


Alhamdulillah, hari tu saya menang Mini Giveaway dari blogger Dialoguda!  Thank you!! :) Nasib baik menang giveaway, sebab dah banyak kali pergi kedai buku, memang takde buku ni.

Sinopsis Cerita Cinta Ahmad Ammar

Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan yang serius di kalangan rakan-rakan, masyarakat Malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau.  Anak muda ini tidak menonjol dalam ruitn hariannya. 

Namun beliau yang merupakan pelajar cemerlang  mempunyai tahap intelek dan emosi  pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan  seorang syahid yang tertangguh. Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau telah terlibat dalam perbagai misi  termasuk di Syria. 

Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan sultan Muhammad al-Fateh menguasai konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lebih menyanyangi beliau. 

Tanggal 2 November 2013, gugurlah saorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia. Kematian yang hidup bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat pada anak muda selepas kematiannya.

Allahyarham Ahmad Ammar meninggal dunia kerana dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Istimewanya Ammar, apabila disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, auliya’, Panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.  

Menariknya, CCAA ditulis oleh ahli keluarga dan rakannya terdekatnya sendiri yang menceritakan kisah sewaktu hayatnya.

Oh, review Cerita Cinta Ahmad Ammar boleh rujuk entry INI.. :)



4 ulasan:

  1. Like!! :D Tahniah... dan alhamdulillah buku dah sampai... Happy reading!

    BalasPadam
  2. terhasilnya buku ahmad ammar..

    BalasPadam
  3. yes yes, menarik ni nak tunggu review dia nanti dah siap habaq mai ok :D hehehe

    BalasPadam
  4. buku ahmad Ammar ni memang best...saya ada sharing part part yang saya suka dalam buku ni terutamanay untuk ibu ibu dalam melahirkan anak seharum ammar ...jemput ke blog saya untuk berkongsi ilmu ...bertuah sangat Ammar

    http://haikalhiyoko.blogspot.com/2014/04/pemilihan-sekolah-ahmad-ammar.html

    BalasPadam