Buku Trilogi The Hunger Games

7
Pembaziran bulan Mac adalah buku trilogi The Hunger Games. Siri novel terlaris karya Suzzane Collins yang kini merupakan filem popular yang mencatat kutipan box-office.

At first, saya bukanlah peminat filem pertama The Hunger Games yang ditayangkan pada 2012. Tetapi selepas menonton sekuel kedua, The Hunger Games: Catching Fire, it blew my mind! Sarat dengan aksi, penuh dengan kejutan, dan pengakhiran yang tergantung membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang bakal terjadi selepas ini. Ditambah dengan lakonan hebat Jennifer Lawrence yang berjaya menghidupkan watak Katniss Everdeen menjadikan beliau adalah kekuatan keseluruhan filem itu. 


Terkesan dengan filem kedua, menyebabkan saya beli siri novel The Hunger Games untuk ingin mengetahui kisah seterusnya. Kalau nak tunggu filem ketiga memang lambat, mungkin hujung tahun ni. Lagipun, siri terakhir dibahagikan kepada dua, so akan ada filem Mockingjay Part 1 dan Part 2.

Sedikit info tentang siri The Hunger Games,  novel bergenre pengembaraan dan sains fiksyen terbitan Scholastic ini mempunyai tiga siri kesemuanya, iaitu siri pertama The Hunger Games yang diterbitkan pada 2008, Catching Fire (2009), dan Mockingjay (2010). 



Novel ini mencatat jualan sebanyak melebihi 65 juta naskah di seluruh dunia dan diterjemahkan ke dalam 51 bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Bagi yang belum baca atau menonton karya epik ini, here's sinopsis ringkas The Hunger Games:

Mengisahkan tentang sebuah negara bernama Panem yang terdiri dari 12 District yang ditindas oleh kerajaan Capitol yang zalim.  Kesemua hasil industri dari setiap District harus diserahkan kepada Capitol menyebabkan rakyat Panem hidup dalam keadaan sengsara dan miskin. 

Menambahkan lagi tekanan hidup mereka, pihak Capitol mencipta satu rancangan televisyen yang dikenali sebagai The Hunger Games di mana setiap District perlu menghantar seorang remaja lelaki dan perempuan berusia 12 hingga 18 tahun untuk bertempur di Arena. Setiap peserta terpaksa berbunuh sesama mereka sehingga peserta terakhir yang hidup dinobatkan pemenang. Pemenang akan mendapat ganjaran kemewahan dan menjadi kebanggaan District. Tujuan permainan ini diadakan adalah untuk menghukum rakyat di atas pemberontakkan yang berlaku 73 tahun dahulu selain untuk menghiburkan golongan elit di Capitol.

Katniss Everdeen, seorang gadis dari District 12 menawarkan diri secara sukarela untuk menggantikan tempat adiknya, Prim, yang terpilih untuk menyertai Hunger Games ke-74. Peeta Mellark, seorang lagi wakil dari District 12, bergandingan dengan Katniss berusaha untuk memenangi permainan itu.

Ketiga-tiga siri The Hunger Games (box set) boleh didapati dengan harga RM69.90, dan RM42.00 setiap satu jika dibeli berasingan.



Saya dah habis baca, boleh tengok review di entry ini  --> REVIEW / SPOILER: Buku Trilogi The Hunger Games


p/s: Ini merupakan novel bersiri kedua yang saya baca selepas Harry Potter. :)


Previous entry:  (Sinopsis) Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor di Tv3

Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. wah, siap ada buku lagi.. saya cuma ada dvd je.. huhu

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut Filem mungkin Hunger Games boleh menang kalau nak banding dengan Harry Potter. Tapi kalau novel macam mana pulak?

    p/s: saya dah baca habis Harry potter tapi tak pernah baca The Hunger Games langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 filem ada kekuatan tersendiri. kalau Hunger Games ada lebih banyak siri lagi best, 3 tak cukup..

      Dari segi novel, Harry Potter the best. Banyak suspen, & jalan cerita yg unpredictable. Buku Hunger Games pun best, lebih beremosi. hehe!

      Delete
  3. kalau beli buku bukan pembaziran... hehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, tapi saya rasa buku ni tak berilmiah. tapi at least boleh tambah vocabulary. hehe! :)

      Delete
  4. Kalau saya x faham movie Harry Potter atau Huunger Games, saya refer dgn wife je sbb dia dah baca habis buku2 tu... movie pun x miss! :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top