Isnin, 10 Mac 2014

Sinopsis Drama KIFARAH di Tv3

 

Slot Zehra Tv3 sekali lagi membawakan drama hebat buat penonton Tv3. Menggantikan Menjinak Ombak, drama bersiri KIFARAH telah pun menemui penonton sejak 7 Mac lalu.


Drama bersiri lapan episod yang mendapat sentuhan pengarah Heykal Hanifah ini dibintangi pelakon hebat seperti Syafie Naswip, Erin Malek, Hairi Safwan, Zila Bakarin, Norman Hakim, Faezah Elai, Wan Maimunah, Mikael Andre, Fazlina Ahmad Daud, Roy Azman, Liza Shadan, Idzham Ismail, Shakilla Khoriri, Liza Abdullah, Datuk Jalaluddin Hassan, Kazar dan ramai lagi. 




Berbeza dengan drama Slot Zehra sebelum ini, Kifarah menyajikan episod yang berbeza setiap minggu tetapi masih mengekalkan konsep yang sama iaitu berunsurkan keagamaan dan pengajaran.

Kifarah bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9 malam.

Sinopsis Kifarah
Badi (7 Mac 2014)

Mak Cik Rozi mempunyai seorang anak bernama Zara. Mak cik Rozi tidak membenarkan anaknya berkawan dengan Amelia kerana Amelia dikatakan mempunyai badi liat jodoh. Pada suatu hari, Zara telah dipukau dan dirogol. Dek kerana malu, mak cik Rozi merahsiakan musibah itu dari pengetahuan orang kampung. Malah mak cik Rozi turut mengurung Zara kerana sudah mengandung. Setelah Zara selamat melahirkan seorang bayi, mak cik Rozi meletak bayi itu di belakang kedai. Keesokan harinya, Amelia datang untuk memberi kad undangan perkahwinannya kepada mak cik Rozi. Alangkah terkejutnya mak cik Rozi apabila melihat Amelia sedang memangku bayi yang dibuangnya semalam. Mak cik Rozi tidak dapat menerima hakikat Amelia akan menjaga bayi itu dan akan berkahwin dengan Haji Abas kerana sememangnya mak cik Rozi menaruh perasaan pada Haji Abas selama ini.

Di Angin Lalu (14 Mac 2014)

Rafiq membawa kekasihnya, Nurin Tatiana dan orang tua Nurin iaitu Zareen dan Zakri berjumpa ibunya, Ema Tatiana. Alangkah terkejutnya Zakri apabila berjumpa Ema kerana Ema adalah bekas kekasihnya. Zareen pula mula faham mengapa suaminya dahulu beria ingin meletakkan nama Tatinia di hujung nama anak perempuannya itu. Kemesraan di antara Zakri dan Ema membuatkan Zareen cemburu dan takut kehilangan suaminya. Jadi, Zareen dengan bantuan rakan baiknya, Elina pergi berjumpa seorang bomoh untuk menyihir Ema.

Amanah (21 Mac 2014)

Kamal dan Julia masing-masing tidak mahu mengambil hak penjagaan anak mereka Azlan selepas mereka bercerai. Jadi, Azlan tinggal bersama pak ciknya, Johan. Sejak tinggal di rumah Johan, Azlan mula berkawan dengan Shida yang merupakan jiran sebelah rumah Johan. Shida mengambil kesempatan berkawan dengan Azlan bagi mengaburi mata ibu bapanya kerana dia gemar melapak dengan budak-budak nakal. Apabila ibu bapa Shida mendapat tahu Shida sedang mengandung anak luar nikah, bapa Shida membunuh Azlan tanpa usul periksa.

Duit (28 Mac 2014)

Syuib bekerja sebagai tukang paip. Dia mendapat tawaran untuk membaiki paip di sebuah masjid di kampungnya. Selesai membaiki paip, dia masuk ke dalam masjid untuk menyimpan barang. Ketika itu, dia ternampak peti tabung masjid. Kemudian, Syuib mengambil wang di dalam peti tabung masjid itu tanpa pengetahuan sesiapa. Syuib menggunakan wang curi itu untuk membeli rokok, makanan dan mengisi minyak keretanya. Sejak itu pelbagai insiden kecil telah berlaku pada Syuib.
sumber: tv3

 Previous entry: Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan