Jumaat, 25 April 2014

REVIEW / SPOILER: Buku Trilogi The Hunger Games


The Hunger Games (THG), karya Suzzane Collins, novel bergenre pengembaraan dan sains fiksyen terbitan Scholastic ini mempunyai tiga siri kesemuanya, iaitu siri pertama The Hunger Games yang diterbitkan pada 2008, Catching Fire (2009), dan Mockingjay (2010).

Saya mengambil masa selama dua minggu untuk menghabiskan ketiga-tiga buku ini. Seperti yang disebut dalam entri INI, saya tertarik untuk membaca THG adalah selepas menonton sekuel kedua THG: Catching Fire. Pengakhiran yang tergantung mencetuskan tanda tanya apa yang bakal berlaku seterusnya.

Ternyata pembelian buku THG memang berbaloi!  Collins berjaya menerapkan elemen suspense, aksi, dan nilai kemanusiaan melalui penceritaan dengan baik. Setiap ayat yang digunakan cukup kuat dan mendalam. 

Seperti buku-buku lain dipasaran, THG juga berjaya menarik pembaca dengan menggunakan kata ganti nama diri pertama, iaitu 'I' menjadikan pembaca meletakkan diri mereka watak utama, Katniss Everdeen. 

Katniss Everdeen
Bagi saya, tidak ada satu pun halaman yang membosankan. Walaupun kadangkala pembaca tidak dihidangkan dengan aksi dan dialog, Collins mampu mengisi setiap helaian dengan monolog yang menggerakkan jalan cerita. Menjadikan saya terus membaca baris demi baris, halaman demi halaman. 

Apa yang mengejutkan adalah how much the story has changed. Daripada kisah realiti tv dan kerajaan yang zalim kepada kisah perang. Hehe! Saya nak 'jump' terus ke review Mockingjay sebab saya assumed ramai yang dah tengok filem THG. 

Apa itu The Hunger Games?

Kerajaan negara Panem, Capitol mencipta satu rancangan televisyen yang dikenali sebagai The Hunger Games di mana setiap District perlu menghantar seorang remaja lelaki dan perempuan berusia 12 hingga 18 tahun untuk bertempur di Arena. Setiap peserta terpaksa membunuh sesama mereka sehingga peserta terakhir yang hidup dinobatkan sebagai pemenang. Pemenang akan mendapat ganjaran kemewahan dan menjadi kebanggaan District. Tujuan permainan ini diadakan adalah untuk menghukum rakyat di atas pemberontakkan yang berlaku 73 tahun dahulu selain untuk menghiburkan golongan elit di Capitol.

Katniss Everdeen, seorang gadis dari District 12 menawarkan diri secara sukarela untuk menggantikan tempat adiknya, Prim, yang terpilih untuk menyertai Hunger Games ke-74. Peeta Mellark, seorang lagi wakil dari District 12, bergandingan dengan Katniss berusaha untuk memenangi permainan itu. 

Apa itu Mockingjay?

Mockingjay adalah nama sejenis burung kacukkan 'jabberjay' dan 'mockingbird'. Jabberjay adalah burung yang dicipta dari oleh kerajaan Panem yang diketuai oleh Capitol untuk mengesan percakapan rakyat ketika berlakunya pemberontakkan pertama 74 tahun lalu. Apabila pihak Capitol menang, maka sebahagian dari jabberjay membiak dengan mockingbird di hutan. Maka terhasil lah MOCKINGJAY!


Pada asalnya Katniss memakai pin Mockingjay hanya sebagai tuah ketika berada di Arena. Katniss berjaya mengubah undang-undang Capitol yang hanya mahukan seorang pemenang, namun bertindak untuk memakan poison berries bersama Peeta maka Capitol terpaksa mengangkat mereka sebagai juara. Bagi Capitol, percubaan Katniss memakan poison berries adalah tindakan membantah dan menentang undang-undang kerajaan.

Rakyat Panem menganggap Katniss sebagai simbol kebangkitan rakyat untuk mengguling kerajaan Capitol. Bagi mereka, jika seorang gadis berusia 16 tahun mampu melakukannya, mengapa tidak mereka? Mockingjay digambarkan seperti kesilapan dan kebodohan Capitol kerana gagal mengawal alat ciptaan mereka sendiri.


ELEMEN KEJUTAN

1- Kewujudan District 13 yang dipercayai telah dimusnahkan oleh Capitol semasa pemberontakan pertama 75 tahun dahulu. 

2- Transisi watak Presiden Coin agak mengejut kerana dari awal pembaca telah disogok dengan wataknya yang bertanggungjawab, tegas, berpegang pada janji, dan diramal bakal memegang jawatan presiden negara Panem jika kerajaan sekarang berjaya ditewaskan.

President Snow
3- Apabila Katniss yang sepatutnya membunuh Snow, tetapi akhirnya menamatkan riwayat President Coin dengan anak panah terakhirnya. Bagi Katniss, Coin dengan Snow tidak jauh bezanya kerana apabila pihak pemberontak menang, Coin mencadangkan supaya permainan The Hunger Games diadakan sekali lagi tetapi melibatkan kanak-kanak dari golongan elit Capitol. Pembunuhan harus dihentikan. The cycle cannot keep on going. Selain itu Katniss ingin membalas dendam terhadap Coin di atas kematian adiknya, Prim.

4- Pembaca juga dari awal lagi diyakinkan bahawa Katniss lah yang bakal menamatkan riwayat Presiden Snow, namun akhirnya Snow maut dalam kebodohan diri sendiri / di dalam tangan rakyat yang pernah dizaliminya. 


KELEMAHAN 

1-  Love triangle between Katniss, Peeta, and Gale sudah dijangka dari awal. 

2 - Peeta hilang ingatan (kind of). Ini cliché untuk mendapatkan kesan yang lebih dramatik.. Kalau filem hilang ingatan automatic orang akan terbayang filem The Notebook dan The Vow. 


3 - Pertengahan buku pertama agak perlahan di mana Collins mengajak pembaca untuk mengenal watak dan kehidupan di Panem. Perkara sama turut dikesan dalam buku ketiga di mana Collins bersusah payah untuk menerangkan kepada pembaca senario di District 13. 

Throughout the books, menunjukkan perkembangan watak Katniss yang pada awalnya seorang yang 'grumpy' dan panas baran. Katniss juga digambarkan sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri apabila berniat untuk melarikan diri bersama Gale dan keluarganya disaat rakyat Panem memerlukannya. Melihat  layanan Katniss terhadap Peeta dan Gale, sometimes I feel like Katniss is a bitch. It's complicated. If Katniss ever had a Facebook account, her relationship status would be 'Complicated'.


Namun, apa yang pasti adalah kasih sayang Katniss terhadap adiknya, Primrose dan mengimpikan kehidupan yang lebih aman.  Penulis berjaya mengembangkan watak Katniss di mana beliau dilihat semakin matang menerusi buku terakhir. Beberapa kelakuannya menunjukkan how much Katniss has learned and developed, meletakkan kepentingan orang lain berbanding dirinya sendiri. Katniss is no longer selfish.

Saya tak buat spoiler secara terperinci. Tapi dari review buku The Hunger Games kat atas tu dah tahu la ending filem macam mana kan? Hihi! Oh, Katniss end up with Peeta at the end of the book. :)

------------------------------ 

Mesej

Okay, lupakan sejenak tentang kisah sains fiksyen dan pengembaraan dan mari selami apa yang ingin disampaikan oleh Suzzane Collins melalui The Hunger Games. Collins cuba menyampaikan bagaimana rakyat ditindas, dibunuh, bersusah payah mengeluarkan hasil untuk negara sedangkan pihak kerajaan bersenang-lenang menikmati kemewahan. Bagaimana kerajaan berbohong kepada rakyat, memanipulasi maklumat, dan mengamalkan pemerintahan diktator. Selagi mereka berkuasa, selagi itulah mereka akan bergembira di atas kesengsaraan rakyat. 


Selain itu, kegilaan masyarakat hari ini terhadap rancangan realiti Tv. Anak-anak muda dilatih untuk menyanyi dan menari untuk memenangi sesuatu pertandingan. Sesi pemilihan dan memperkenalkan peserta tidak ubah seperti kebanyakkan program realiti hari ini. Apa sahaja yang dilakukan peserta akan menjadi ikutan penonton. Kalau in real life, peserta perlu mendapat undian dari penonton. Namun menerusi THG, para peserta perlu mendapatkan 'sponsor' untuk kekal hidup di Arena.  

Get it? mesej yang cukup jelas, dan itulah yang sedang berlaku kepada dunia hari ini. 

Ulasan keseluruhan 

  
The Hunger Games cukup hebat! Jalan cerita yang padat dan sentiasa bergerak dari buku pertama, Catching Fire, dan Mockingjay. Sekarang baru saya tahu mengapa novel ni was such a hit! Mockingjay adalah sebab kenapa buku ini ditulisAnda akan faham skop yang cuba disampaikan oleh Suzzane Collins. Mockingjay is a masterpiece. Tiga siri tidak mencukupi untuk karya sehebat ini. I WANT MORE!!!


Previous entry: Semak Tawaran ke Tingkatan 6 Sesi 2014/2015

Anda juga mungkin meminati: REVIEW BUKU: THE MAZE RUNNER

Review buku terkini:  More Than This
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan