Jumaat, 23 Mei 2014

Coklat Cadbury Ada DNA Babi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua produk coklat jenama Cadbury Dairy Milk iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Buah Badam mengandungi DNA babi jenis porcine.

Pihak KMM melakukan pemeriksaan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berikutan dakwaan terdapat DNA babi dalam coklat Cadbury tersebar luas di laman sosial pada 23 Mei 2014. Keputusan analisis mendapati hanya dua produk coklat Cadbury itu tidak halal iaitu:

  • Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014
  • Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015



Menurut syarikat Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, pihaknya akan mengambil balik dua produk berkenaan dari pasaran dengan serta merta.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh layari laman web rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

Hmm.. better baca dulu batch no sebelum beli. Dah berapa banyak korang makan both products? =..=


2 ulasan: