(Sinopsis) Ramadan Jangan Pergi di Slot Samarinda

0
Bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang, Tv3 sebagai stesen tv nombor satu negara, menayangkan sebuah drama bersiri bertajuk RAMADAN JANGAN PERGI bagi menggantikan Masihkan Ada Cinta di Slot Samarinda.

Ramadan Jangan Pergi terbitan JS Pictures ini mempertaruhkan Siti Saleha, dan Fir Rahman sebagai pelakon utama dan dibantu oleh Watie Elite, Shiela Rusli, Eizlan Yusof, Lufya, Catriona Ross, Hisham Hamid, dan ramai lagi.

Drama rantaian 15 episod arahan Azman Yahya ini menemui penonton mulai 25 Jun 2014, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10 malam di Tv3.


Sinopsis Ramadan Jangan Pergi
Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.
 
Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.
 Selamat menonton Ramadan Jangan Pergi di Tv3!

 Copy kod di bawah untuk mendapatkan banner #PrayForMH17
 <a href="http://nikkhazami.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i1135.photobucket.com/albums/m637/nikkhazami/mh17banner.jpg" border="0" alt=" photo mh17banner.jpg"/></a>

p/s: Jemput singgah ke entry BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK untuk tawaran buffet sempena Ramadan yang berbaloi!


Previous entry: REVIEW BUKU: The Scorch Trials
Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top