Jadual Piala Malaysia 2014

5
Juara bertahan Piala Malaysia, Pahang tidak akan melalui jalan mudah untuk mengekalkan piala itu apabila diundi bersama dengan Lions XII, naib juara Piala FA, Felda United dan Johor Darul Takzim 2 dalam kumpulan A.

Manakala kumpulan C dilihat sebagai kumpulan maut apabila menyaksikan pasukan Kelantan diundi bersama juara Liga Super, Johor Darul Takzim, ATM dan Pulau Pinang.

Sementara itu juara 32 kali, Selangor, yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, diyakini tidak berdepan sebarang masalah apabila diundi dalam kumpulan D bersama Sime Darby Fc, PDRM, dan T-Team.

Dalam perkembangan sama, pasukan gergasi Pantai Timur, Terengganu bakal berdepan dengan Sarawak, Perak, dan Kedah dalam kumpulan B. 

Majlis undian Piala Malaysia 2014 berlangsung di Institut Sukan Negara menyaksikan 16 pasukan dari liga Super dan Liga Perdana bakal berentap bagi menjulang piala berprestij itu untuk edisi ke 88.

Berikut adalah undian saingan bola sepak Piala Malaysia musim 2014:

Kumpulan A: 

Pahang 
Lions XII
Felda United
Johor DT2

Kumpulan B: 

Terengganu
Perak
Kedah
Sarawak

Kumpulan C: 

Johor DT
Kelantan
ATM
Pulau Pinang

Kumpulan D:

Selangor
Sime Darby
PDRM
T-Team

Tarikh perlawanan Piala Malaysia 2014

Peringkat Kumpulan:

Match 1 : 13 & 14 Ogos 2014
Match 2 : 19 & 20 Ogos 2014
Match 3 : 22 & 23 Ogos 2014
Match 4 : 26 & 27 Ogos 2014
Match 5 : 29 & 30 Ogos 2014
Match 6 : 2 & 3 September 2014

Suku Akhir 1 : 3 & 4 Oktober 2014
Suku Akhir 2 : 17 & 18 Oktober 2014

Separuh Akhir 1 : 24 & 25 Oktober 2014
Separuh Akhir 2 : 31 Oktober & 1 November 2014

Akhir: 8 November 2014

 

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Baru habis Piala Dunia, sekarang Piala Malaysia pula.. Terpaksa sambung pakai Astro. Ingat nak kansel jer! EPL lagi tu coming soon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah cancel. sambung tgk piala malaysia...

      Delete
  2. Wah...JDT kena usaha sangat keras....luaskan kuasamu JDT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JDT ada kelebihan, dan salah satu pasukan pilihan.

      Delete
  3. eh ..wujud lagi ke Piala Malaysia...hehehehe.....hai saya ucapkan :P

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top