Jumaat, 18 Julai 2014

Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014




Tidak ada jalan mudah buat finalis Piala Malaysia musim lalu, Kelantan apabila diundi bersama juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT), Pulau Pinang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Undian yang berlangsung di Institut Sukan Negara itu menyaksikan Kelantan diundi dalam kumpulan maut buat kali ketiga berturut-turut. Tahun ini peminat bola sepak tanah air bakal melihat Kelantan bertemu JDT lebih awal dari yang dijangka. 

Namun bagi skuad The Red Warriors, setiap pasukan memiliki kekuatan masing-masing dan tidak boleh dipandang ringan. Kelantan harus waspada terhadap JDT kerana pasukan itu dianggap sempurna di setiap posisi dan prestasi semasa yang cemerlang. 

Begitu juga dengan ATM, walaupun prestasi pasukan itu merudum musim ini, namun tidak mustahil jika skuad kendalian B. Sathianathan itu bangkit untuk memulihkan maruah yang tercalar

Kehadiran pendatang baharu dari Liga Perdana juga perlu diberi perhatian kerana setelah menjalani proses penjenamaan semula, pasukan kendalian K. Devan itu menunjukkan peningkatan yang positif dan hampir kembali ke Liga Super, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Menduduki tempat ke enam Liga Super dan tersekat di separuh akhir Piala FA menampakkan terdapat kelemahan dalam pasukan TRW. Kehilangan beberapa tonggak utama pada awal musim merencatkan prestasi TRW musim ini. Kita perlu realistik dengan kemampuan pemain sedia ada. Kelantan akan turun selaku pasukan underdog bagi mengelakkan tekanan.

JADUAL PIALA MALAYSIA KELANTAN 2014



TARIKH
PERLAWANAN
VENUE
13 Ogos 2014
Johor DT vs TRW
Stadium Larkin
19 Ogos 2014
TRW vs Pulau Pinang
Std. Sultan Muhammad IV
22 Ogos 2014
ATM vs TRW
Stadium Selayang
26 Ogos 2014
TRW vs ATM
Std. Sultan Muhammad IV
29 Ogos 2014
Pulau Pinang vs TRW
Std. Bandaraya P.Pinang
2 Sept 2014
TRW vs Johor DT
Std. Sultan Muhammad IV
 

Copy kod di bawah untuk mendapatkan banner #PrayForMH17
 <a href="http://nikkhazami.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i1135.photobucket.com/albums/m637/nikkhazami/mh17banner.jpg" border="0" alt=" photo mh17banner.jpg"/></a>
Entry berkaitan: Jadual Piala Malaysia 2014

Previous entry:  Cabaran Review Entri Denaihati

2 ulasan:

  1. awal-awal lagi JDT kena kerja keras. apapun luaskan kuasamu JDT.

    BalasPadam
  2. hoho..semoga pahang dan selangor melangkah ke final.

    BalasPadam