(Sinopsis) Rindu Awak 200% di Slot Akasia

2

Kerana Terpaksa Aku Relakan akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dan akan disusuli pula dengan sebuah lagi drama terbaharu, RINDU AWAK 200%, yang bakal mengisi Slot Akasia khas buat penonton Tv3.

Rindu Awak 200% merupakan sebuah lagi drama yang diadaptasi dari novel cinta popular dari tajuk yang sama karya Liana Zahim. 

Drama 28 episod terbitan Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos ini membariskan pelakon seperti Zul Ariffin, Ayda Jebat, Mimi Ernida, Karl Shafek, Ika Nabella, dan ramai lagi. 



Rindu Awak 200% bakal bersiaran mulai 15 Julai 2014, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di Tv3. 


Sinopsis Rindu Awak 200% di Tv3


Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 



Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 



Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!
sumber Karangkraf

Copy code di bawah untuk dapatkan banner #PrayForMH17
 <a href="http://nikkhazami.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i1135.photobucket.com/albums/m637/nikkhazami/mh17banner.jpg" border="0" alt=" photo mh17banner.jpg"/></a>

p/s: Jemput singgah ke entry contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger 
 
Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ouhhh ...saya rinduu Indah ..eh ? :P

    ReplyDelete
  2. haha3.....syaifuddin rindukan indah....flashback la balik cerita KTAR pasti terubat rindu tuuuu.....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top