Review Buku: THE DEATH CURE

4
The Death Cure merupakan buku  ketiga dan terakhir dalam siri The Maze Runner. Selepas The Scorch Trials berakhir dengan penuh tanda tanya, sekuel terakhir ini lebih berkisarkan tentang Thomas dan beberapa Gladers berusaha untuk menumbangkan pertubuhan gabungan dunia, WICKED.

Pengakhiran The Scorch Trials memperlihatkan kekeliruan Thomas dan para Gladers selepas menjalani satu lagi Trial (ujian) yang diatur oleh WICKED. Fikiran mereka bercelaru selepas terperangkap di dalam dunia yang mengerikan tanpa sebarang penjelasan dan  masih lagi tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dirancang oleh WICKED. Teresa, gadis yang sukai Thomas kini bertukar menjadi musuh, sementara Brenda, orang asing yang kini menjadi kawan.

Menerusi The Death Cure, pembaca dapat melihat dunia luar bagaimana kesan selepas wabak Flare (zombie-like disease) melanda dunia. Kini, hanya kira-kira lima peratus dari penduduk dunia yang tinggal bebas dari penyakit itu (immunes), Thomas dan rakan-rakan adalah sebahagian dari mereka.

WICKED masih lagi memburu Thomas untuk mendapatkan cebisan terakhir untuk melengkapkan eksperimen mereka dalam mencari penawar kepada Flare. Namun Thomas enggan berkerjasama dengan pertubuhan itu lagi kerana jika mereka gagal menemui penawar, bermakna WICKED akan terus menjalankan eksperimen ke atas immunes yang tinggal walaupun dengan membunuh mereka.

Pembaca dibawa melihat bandar Denver, di mana tempat immunes tinggal dan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri 'Cranks' iaitu golongan yang telah terkena wabak Flare. Dunia semakin huru-hara, sebilangan besar immunes mula menghilangkan diri.

Debaran

Sepanjang pembacaan, pembaca akan curiga adakah watak itu berada dpihak yang benar. Bersama-sama Thomas, Brenda, Minho, Newt, dan Jorge untuk mencari penawar dan pada masa yang sama ingin menumbangkan WICKED.

James Dashner memastikan 'hampir kesemua' persoalan yang bermain di fikiran pembaca terjawab walaupun ia bukan jawapan yang kita inginkan. Seperti buku-buku sebelum ini, pembaca masih lagi berteka teki, adakah ia sudah sudah tamat? Can your friend be trusted? 'WICKED is good', or is it?

Keistimewaan  The Death Cure

Penceritaan. Mencipta dunia dan plot yang menarik. Dashner bijak memutar belitkan jalan cerita dari kisah remaja yg terperangkap dalam pagar sesat kepada kisah wabak yang menghancurkan dunia. Pakar dalam mencipta suspen yang menarik pembaca ke bab seterusnya.   

Kelemahan 

Buku ini lebih menekankan kepada jalan cerita berbanding karakter. Kebanyakkan watak dalam buku ini seperti tidak berubah setelah apa yang mereka tempuhi. Permulaan buku juga agak perlahan 

Thomas
Namun buku ini sedikit terjejas dengan jalan cerita agak perlahan. Terutamanya sewaktu Thomas cuba meloloskan diri dari WICKED's headquarters.  

Saya agak 'sesat' di sesetengah pembacaan  kerana saya terlupa beberapa fakta dan butiran dari dua buku sebelum ini. Mungkin kerana beberapa perkara tidak dijelaskan dengan terperinci atau mungkin juga saya mengambil masa terlalu lama menghabiskan buku ni. *sigh

Penamat diluar jangkaan

Dashner masih lagi belum merungkai semua persoalan kerana 'menyimpannya' untuk prekuel kepada siri The Maze Runner iaitu The Kill Order. Pembaca masih lagi tertanya-tanya kenapa dan bagaimana Thomas dan Teresa boleh berkerjasama dengan WICKED untuk membina Maze sebelum ingatan mereka dihapuskan, dan bagaimana wabak Flare boleh merebak. I am half way through it and still don't get the answers yet. 

Terlalu banyak perkara yang dirahsiakan, sehingga ke penghujung buku pembaca masih lagi tertanya-tanya. Nama je The Death Cure, tapi in the end...................... HAHA! Namun saya tetap berpuas hati dengan pengakhiran siri ini, hampir sempurna dan ia meninggalkan watak serta pembaca dalam kepenatan.

 
Review keseluruhan

Saya dah buat review buku pertama dan kedua dalam entry INI dan INI. Jadi untuk buku terakhir ini, apa ang boleh saya katakan siri The Maze Runner memang hebat! Suspen, aksi, misteri, romance, plot twists, kepelbagaian karakter. All I can say, one of the addicting series I've ever read. Bagi anda yang inginkan something mystery and dark, this series is highly recommended.

Review buku sebelum ini: 

- The Scorch Trials 
- The Maze Runner
- The Hunger Games
- Cerita Cinta Ahmad Ammar
- More Than This

Previous entry: Laman Web Astro Digodam
 

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tumpang tanya.. kat mana boleh beli semua buku the maze runner? harga berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat respon. sebuah buku TMR RM32 kalau tak silap. tapi boleh beli dengan harga lebih murah kalau beli satu set. saya tak pasti berapa harganya.

      terima kasih sudi baca entry ni.. :)

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top