(Sinopsis) Maaf Jika Aku Tak Sempurna di Slot Akasia

0

Sudah menjadi trend masa kini setiap novel cinta popular akan diadaptasikan kepada drama dan kemudiannya mendapat sambutan ramai. Tv3 sebagai saluran nombor satu Malaysia sekali lagi ingin mengulangi kejayaan itu melalui drama MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA di Slot Akasia.


Menggantikan Rindu Awak 200%, Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) merupakan drama yang diadaptasi novel dari tajuk yang sama karya Acik Lana. 

Drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah ini bakal menampilkan Sara Ali dan Fahrin Ahmad sebagai teraju utama dan turut dibantu pelakon lain seperti Ika Nabila, Tasha Shilla, Hefny Sahad, Amy Mastura, Reza Hasbi, dan Azri AF9


MJATS bakal menemui penonton mulai 2 September 2014 setiap Isnin hingga Khams, jam 7 malam di Tv3.

Sinopsis Maaf Jika Aku Tak Sempurna di Tv3



Maaf Jika Aku Tak Sempurna mengisahkan Melina yang hanyut dibuai keseronokkan di ibu kota. Orang tuanya, Datuk Zakri dan Datin Maziah risau akan pergaulan bebas anaknya itu. Meningkat dewasa, Melina berubah menjadi bongkak dan angkuh dan tidak pernan mendengar nasihat kedua orang tuanya. 

Dek kerana sikap anaknya yang liar, Datuk Zakri terpaksa meminta pertolongan anak sahabat baiknya, Luqman Haqeem untuk menjada dan mengawasi Melina. Luqman merupakan anak tunggal kepada Rashid dan Aliah yang tinggal di Cameron Highlands. Selepas menamatkan pengajian di UK, Luqman berkerja sementara di kebun sayur milik keluarganya.

Luqman bersetuju dengan permintaan Datuk Zakri untuk mengawasi Melina dengan menjadi pemandu dan pengawal peribadi gadis berusia 23 ahun itu. Hubungan Melina dan Luqma seperti anjing dan kucing, sering bertengkar setiap kali bersua.

Bagi Melina, Luqman adalah lelaki penyibuk yang diupah oleh ayahnya. Luqman akan sentiasa bersama Melina ke mana sahaja dia pergi. Oleh kerana rupa Luqman yang kacak, jejaka itu menjadi rebutan gadis-gadis di kolej Melina. Namun di mata Melina, Luqman hanyalah lelaki kampung yang kolot dan tak berpelajaran.

Segalanya berubah bapa Melina maut dalam kemalangan, dan dia tidak mempunya pilihan lain selain berkahwin dengan Luqman Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran pasangan ini.


Penyanyi yang telah sekian lama menyepi, Liza Hanim turut menyanyikan lagu tema Maaf Jika Aku Tak Sempurna bertajuk Egoismu.


Contest: iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Previous entry: Tujuan Melakukan Ice Bucket Challenge
  
Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top