Tujuan Melakukan Ice Bucket Challenge

3

Sejak kebelakangan ni laman sosial dipenuhi dengan video ALS Ice Bucket Challenge atau Cabaran Baldi Ais yang melibatkan selebriti terkenal dunia menyiram air berisi ais ke tubuh dan mencalonkan tiga orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Apa itu Ice Bucket Challenge

ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dan menderma kepada pusat penyelidikan penyakit itu. ALS adalah sejenis penyakit yang mengganggu sistem saraf dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini menyebabkan pesakit lumpuh dan membawa maut.


Tujuan Ice Bucket Challenge

Tujuan menyimbah ais ke tubuh adalah kerana rasa sejuk yang kita rasai adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pesakit ALS.



Ramai selebriti antarabangsa melakukan Ice Bucket Challenge, dari penyanyi dan pelakon popular kepada atlet dan ahli politik. Antara selebriti terkenal yang melaksanakannya adalah Justin Timberlake, Ben Affleck, The Rock, Kristen Stewart. Manakala antara atlet yang melakukan cabaran ini ialah Mario Balotelli, Lebron James, dan Lionel Messi. 

Bekas presiden Amerika Syarikat, George W. Bush turut menyahut cabaran ini. Tidak ketinggalan dari Malaysia, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin turut melakukan Ice Bucket Challenge.

Cuma yang tak seronok bila ada segelintir yang melakukan Ice Bucket Challenge untuk menarik perhatian pengguna laman sosial. Mandi ais semata-mata untuk meraih jumlah 'Like' di Instagram. LOL!


Anda mungkin meminati - Contest: iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Previous entry - Review Buku: The Fault In Our Stars

Tags

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ni dah macam main tag-tag aje. hoho

    ReplyDelete
  2. LOL .. Igtkan boleh elak drpd trkena pnykit tuu.. Rupa2nya nk Kita rase apa yg dorg rasa.. Xde cre laen k nk wujudkan ksedaran tu?? Mcm mmbazir airrr jee.. Baik gune duit bli ais tu derma kat org2 yg skit Tu ke

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top