Selasa, 16 September 2014

Google Doodle Hari Malaysia 2014


Jika sebelum ini enjin carian gergasi Google pernah hadir dengan doodle menarik yang menghiasi laman utama Google Malaysia untuk memperingati hari bersejarah seperti Pilihan Raya Umum ke 14, Hari Kemerdekaan, dan hari memperingati Yasmin Ahmad. Kali ini Google Malaysia memaparkan doodle bersempena Hari Malaysia 2014.

Menariknya kali ini doodle khas itu bukan dicipta oleh pelukis profesional, tetapi dilakar oleh Lee Yee Run, seorang pelajar berusia 16 tahun yang memenangi pertandingan 'Doodle For Google' yang dianjurkan Google Malaysia April lalu. 

Berkonsepkan "Malaysia to me is…” (Malaysia bagi saya adalah…) pertandingan ini memperi peluang kepada pelajar sekolah untuk menzahir semangat patriotisme kepada negara. Lakaran Yee Run menghiasi laman web utama portal Google Malaysia pada Hari Malaysia pada 16 September. 

Hari Malaysia disambut untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 196.




1 ulasan: