Permainan 'Teka Dialog' Untuk Android

6

Selepas permainan Apo Bondo Eh Ni menjadi fenomena bagi pengguna telefon pintar di Malaysia, pembangun permainan ingin mengulang kejayaan permainan yang diinspirasikan oleh “Guess The Emoji” dengan permainan terbaharu iaitu TEKA DIALOG.

Teka Dialog memerlukan pemain untuk meneka dialog, lirik lagu, atau tagline popular dalam Bahasa Malaysia. Permainan ini akan memaparkan frasa ringkas dan pemain hanya perlu meneka jawapannya. 


Seperti Apo Bondo Eh Ni, jika pemain tidak tahu jawapan kepada frasa yang diberi, anda boleh bertanya kepada rakan di Facebook atau menggunakan butang 'hint' yang tersedia. Namun, anda perlu mengutip mata yang mencukupi untuk menggunakan hint.


Teka Dialog boleh dimuat turun secara percuma dan buat masa ini ia hanya ditawarkan untuk platform Android sahaja. Bagi anda yang jarang tengok tv atau tak tengok filem Melayu, susah la sikit. 

Mungkin lepas ni akan ada aplikasi "Jawapan Teka Dialog" pulak.

Muat turun permainan Teka Dialog DI SINI


Previous entry:  (Sinopsis) Selamat Pengantin Madu di Tv3
Entry contest: iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger 

Tags

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top