(Sinopsis) Selamat Pengantin Madu di Tv3

4


Selepas beberapa minggu direhatkan untuk memberi laluan kepada program hari raya, kini Slot Lestary kembali dengan drama bersiri terbaharu iaitu SELAMAT PENGANTIN MADU.

Selamat Pengantin Madu (SPM) diserikan oleh Fasha Sandha dan Aiman Hakim Redza sebagai teraju utama serta dibintangi pelakon lain seperti Eina Azman, Kuza, Falisha Crossley, dan Ieda Moin. 

Drama rantaian terbitan Pesona Pictures di bawah arahan Ibrahim Ilyas ini bersiaran sebanyak 13 episod mulai 3 September 2014, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Tv3

Sinopsis Selamat Pengantin Madu di Tv3

Mengisahkan Hana seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia.

Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja.

Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab dan dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi. Namun, sedang kedua pasangan itu mengecapi bahagia, rumah tangga mereka tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk Hana menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul.

Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.

Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira cuba memiliki Zul sepenuhnya. 

sumber: bharian

Previous entry: Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Entry contest iPhone 5s: iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. EMm tak pernah tengok pulak citer ni..mesti best ni..hehe

    ReplyDelete
  2. cerita ni mula hari ni yer, ceritanya macam kisah benar juga...

    ReplyDelete
  3. masih belum bkesempatan nk tgk..hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top