Peraturan Baru Cermin Gelap 2014

7



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan baru cermin gelap bermula 1 November 2014. Kadar ketelusan cahaya yang dibenarkan adalah 70% bagi cermin depan, 50% cermin sisi pemandu, dan 30% bagi cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang.

Penetapan itu sedikit berbeza dengan sebelum ini iaitu membabitkan kadar ketelusan cahaya 50% dibahagian sisi penumpang belakang dan cermin belakang.  


Menurut JPJ, penguatkuasaan itu melibatkan semua penumpang dinegara ini termasuk wakil rakyat. Pengecualian cermin gelap hanya akan diberikan kepada penggunaan kenderaan bagi beberapa jawatan seperti:

- Yang di-Pertuan Agong
- Sultan
- Perdana Menteri
- Timbalan Perdana Menteri
- Ketua Menteri
- Ketua Hakim 
- Kenderaan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.

Klik untuk besarkan gambar
Denda yang bakal dikenakan bagi mereka yang tidak mematuhi peraturan cermin gelap adalah: 

- Kompaun RM300
- Sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah, mereka boleh didenda sehingga RM1000
- atau penjara dua minggu atay kedua-duanya sekali


Nampaknya ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan perlaksanaan peraturan cermin gelap baru ini di media sosial. Anda?


Tags

Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. kenapa orang tertentu je yang boleh guna cermin gelap..

    "untuk keselamatan.."

    habis tu rakyat biasa tak berhak untuk rasa selamat??

    lol!

    ReplyDelete
  2. memang tak pakai cermin gelap.

    malas. tak tahu kenapa. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak pakai en. titan? Malaysia kan panas

      Delete
  3. Patutlah tadi memanjang je ade roadblock -__-

    ReplyDelete
  4. peraturan baru sepatutnya ok dah, cermin bahagian belakang hanya 30% ketelusan cahaya, gelap juga tu.

    ReplyDelete
  5. Suami pun tak suka cermin gelap, bahaya katanya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top