Ahad, 19 Oktober 2014

Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 6




Jika dalam entry terdahulu saya berikan sebab kenapa anda TAK PERLU beli iPhone 6 yang dilancarkan September lalu, sekarang saya akan senaraikan sebab kenapa anda PERLU membelinya. Ada beberapa sebab yang munasabah kenapa iPhone 6 berbaloi untuk dimiliki.

Kamera

iPhone 6 hadir dengan iSight 1080p, 8 megapixels, dan aperture ƒ/2.2. Walaupun ciri ini sama dengan kamera pada iPhone 5s, namun kali ini Apple menambah ciri “Focus Pixels” yang menyokong autofocus dengan lebih pantas seperti yang terdapat pada kamera DSLR.

Kualiti kamera iPhone 6
Selain itu, anda boleh merakam video gerak perlahan pada pilihan 120 frame per second atau 240 frame per second yang akan menampakkan lebih perincian. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah, walaupun kamera iPhone 6 hanya 8 megapixels namun ia mampu merakam gambar yang berkualiti tinggi. Tidak keterlaluan jika saya katakan kualiti kamera pada iPhone adalah yang terbaik berbanding pesaingnya dipasaran.

Apps Store

Apps Store adalah salah satu sebab kenapa rata-rata pengguna iPhone gemarkan peranti itu. Apps Store menyediakan aplikasi berkualiti dan hadir dengan jumlah yang banyak berbanding Google Play Store. Itulah antara kelebihan menggunakan iOS, anda tidak hanya boleh memuat turun aplikasi terbaik, tetapi antara yang terawal sebelum tiba ke sistem operasi lain.



Apple Pay

Apple sememangnya terkenal sebagai pelopor dalam membangunkan teknologi baharu dan kali ini mereka memperkenalkan Apple Pay iaitu sistem pembayaran penggunakan telefon pintar. Apple menggelarkan Apple Pay sebagai 'bayar-guna-telefon' di mana pengguna tidak perlu membawa dompet untuk membeli-belah. Bayangkan anda ingin membuat pembayaran di kaunter, anda hanya perlu mengimbas cap jari pada iPhone 6 untuk melakukan transaksi. Cara ini lebih mudah, cepat, dan selamat berbanding membawa dompet. Teknologi ini bakal disokong oleh banyak syarikat dan gedung ternama pada masa akan datang. 

Apple Pay lebih selamat berbanding membawa dompet
Saiz yang besar

Saiz iPhone 6 yang besar merupakan berita baik buat pengguna yang suka menggunakan telefon pintar yang besar dan memberikan alasan untuk tidak menggunakan iPhone kerana saiznya terlalu kecil. Tindakan Apple membawa skrin iPhone 6 besaiz 4.7-inci dikatakan untuk 'mencuri' pelanggan pesaing terdekat mereka iaitu Samsung. Jadi bagi anda yang sebelum ini sukakan iPhone dan mahukan telefon yang besar, iPhone 6 dicipta untuk anda.

Cip Apple 8

Mempunyai cip pemprosesan empat teras, cip A8 hanya memerlukan 50% kuasa dan menjimatkan bateri walaupun menjana kualiti yang tinggi. Selain itu cip yang dikemas kini ini adalah 25% lebih laju dan memiliki kualiti grafik yang lebih baik berbanding cip sebelum ini. Buat pengguna 'heavy user' kini anda boleh bermain permainan video, menonton Youtube, atau membuat panggilan video dengan lebih lama. 

  
Selesa

Tidak dinafikan iPhone adalah antara telefon pintar terbaik dipasaran dan ramai yang telah menggunakannya tidak mahu bertukar kepada jenama lain. Reka bentuk iPhone yang sentiasa eksklusif, kelancaran sistem operasi, paparan yang kemas dan how great it feels in your hand menjadikan kenapa peranti ini menjadi idaman penggemar gajet.

Mampu

Apple iPhone 6 bakal masuk pasaran Malaysia pada akhir tahun ini dan apa yang pasti ia akan djual pada harga yang mahal. Jika anda mampu dan tidak menyusahkan orang lain untuk mendapatkan iPhone 6 ini, beli lah. Ataupun anda tak mampu tapi sanggup ikat perut semata-mata untuk memiliki setiap telefon pintar terbaharu Apple ini, jadi beli lah! Your money, your rule.

Itu adalah antara sebab kenapa anda patut beli iPhone 6 anda patut baca entry Sebab Kenapa Anda TAK PERLU Beli iPhone 6, cuba teliti pros and cons sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan peranti terbaharu keluaran Apple ini.



20 ulasan:

  1. belum mampu lagi nak membeli iphione 6 nie :)

    BalasPadam
  2. Boleh tunggu lah hujung tahun, nak cepat kena beli bukan dr apple malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi tuan Denaihati dah ada sebijik. haha!

      Padam
  3. Antara gajet idaman nie.. he he he

    BalasPadam
  4. boleh berangan je la..mana mampu nak beli..:)

    BalasPadam
  5. mahal sangat harga nya kawan pakai yang mampu milik je

    BalasPadam
  6. tapi rasanya ramai sangat yang mengidam untuk memilikinya

    BalasPadam
  7. Sesiapa yang biasa pakai produk apple, sudah pasti mahu mendapatkannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang memang mementingkan jenama memang Apple la pilihannya. Kualiti setanding harga

      Padam
  8. Nampak macam seronok je ni. Nak kumpul duit lah nak beli :)

    BalasPadam
  9. Tak termampu dek poket lagi nak beli

    BalasPadam
  10. antara item wish list untuk tahun 2015...ku suke part yang screen besar tu..jom kumpul duit! :)

    BalasPadam
  11. teringin nak memiliki..tapi soalan adakah perlu atau tidak..

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Memang menarik iphone 6 ini. Sangat berteknologi tinggi.
    Singgah BW di sini. Nak follow tapi tak tahu nak klik mana. Ada masa jenguklah blog saya. :)

    http://vandergood.blogspot.com/

    BalasPadam
  14. Serius. Iphone nie kamera dia mmg best.... snap gambar macam guna dslr punya. Depan belakang kamera cantik. Kaki selfie mmg disyorkan sangat laa beli ni

    BalasPadam
  15. ARIEF HAIQAL14 Mei, 2016 23:41

    TELIFON KECIK PON BAGUS SEBAB SUSAH NAK KENA CURI.TAK KAN LAH ORANG NAK KOREK POKET KITA MESTI KITA SEDAR DIA TENGAH BUAT APE.HEHE SAYA GUNA TELIFON KECIK IAITU "ALCATEL ONETOUCH PIXI".

    BalasPadam
  16. AHEHEHEHAHAHA LAWAK NYA MUKA KUCING TU.TADI LOADING LAMA SEBAB TU TAK NAMPAK MUKA KUCING

    BalasPadam
  17. Brpa hrga skrg at pasaran ?

    BalasPadam