Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6

43

Sejak Apple Inc memperkenalkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 Plus September lalu, rata-rata peminat gajet masih lagi hangat bercerita tentang peranti itu dan betapa mereka ingin memilikinya. 

So saya sediakan beberapa sebab kenapa anda tak patut beli iPhone 6. Bukan untuk menghasut dan bukan membenci produk Apple, tetapi sebagai panduan supaya anda boleh pertimbangkan sama ada iPhone 6 berbaloi untuk dimiliki. 

Skrin

Walapupun Apple menaik taraf kualiti skrin kepada paparan Retina HD, iPhone 6 masih tidak memiliki kualiti skrin yang hebat. Dengan paparan 1334x750 pixels, masih banyak lagi telefon pintar di luar sana yang hadir dengan saiz sama tetapi memiliki paparan 1080p dan 2k.

Camera Hadapan

iPhone 6 hadir dengan kamera hadapan dengan sokongan pengecaman wajah, sensor, dan f/2.2 aperture, namun ia masih lagi 1.3 megapixels. Ternyata Apple masih lagi ketinggalan dalam teknologi kamera hadapan apabila Samsung Galaxy Note 4 bakal hadir dengan 3.7MP, dan HTC One M(8) memiliki 5MP. Pengguna mahukan kamera hadapan yang berkualiti lebih-lebih lagi dengan trend selfie semakin menjadi-jadi sekarang ni. Apple masih di belakang dalam membangunkan ciri itu. Tapi kita semua tahu yang jumlah megapixels bukanlah segalanya, tapi 1.3MP tu seperti telefon Sony Ericsson tahun 2010.




Customize  

Sistem operasi iOS memiliki paparan yang cukup ringkas dan jika anda suka customize telefon pintar anda dari paparan utama, tema dan jenis font, iOS tidak membenarkan anda mengubahnya. 


Mudah Bengkok

Jika anda tidak melayari internet atau semak media sosial baru-baru ini, anda mungkin tidak tahu tentang iPhone 6 Plus mudah bengkok apabila diletakkan dalam poket.  Setiap telefon pintar perlu dijaga dengan baik dan jika anda seorang pengguna lasak, maka iPhone 6 bukan untuk anda. Sebenarnya isu ini tidak lah teruk sangat dan siapa yang sengaja bengkokkan telefon kan? Tetapi iPhone 6 terkena tempiasnya kerana kedua-dua peranti ini diperbuat daripada aluminium.


NFC

Apple masih lagi enggan menyokong fungsi berkongsi foto dan fail secara Near Field Communication (NFC) bagi iPhone 6 dan 6 Plus. Walaupun sebahagian fungsi NFC hadir dalam sistem pembayaran penggunakan telefon pintar, Apple Pay, ia masih belum mencukupi kerana pengguna tidak boleh berkongsi fail dengan peranti lain dengan mudah. 

Harga

Harga yang mahal bukan sesuatu yang baru bagi iPhone. Kini harga iPhone 6 adalah yang termahal dalam keluarga iPhone dan telefon pintar paling mahal  termahal di pasaran. Anda boleh dapatkan beberapa telefon pintar yang berkualiti pada harga satu iPhone 6.

Masih ada beberapa fungsi lain yang tidak ada pada iPhone seperti sokongan MicroSD Card, pengecasan pantas, serta kalis air dan debu. Sebab itu anda tidak perlukan iPhone 6 dan pertimbangkan peranti lain dipasaran atau kekal menggunakan iPhone 5s yang dah cukup awesome tu.

Seronok juga baca ruangan komen di Youtube dan lihat mereka yang mempertahankan produk Apple seolah-olah syarikat itu kepunyaan bapa mereka. Don't get me wrong, saya juga merasakan iPhone adalah antara smartphone terbaik. Tapi jangan lupa pada beberapa lagi produk lain dipasaran yang memiliki ciri hebat dan ciri itu tidak ada pada iPhone.

Setakat ini tarikh iPhone 6 dan 6 Plus masuk ke pasaran Malaysia masih belum diketahui, jadi ramai penggemar iPhone di Malaysia pergi ke Singapura untuk mendapatkannya.

Anda boleh tengok entry > Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 6, dan buat perbandingan sama ada telefon ini berbaloi atau tidak.
Tags

Post a Comment

43Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. rasanya faktor paling penting harganya, nak tunggu entri 'sebab kenapa anda perlu beli iPhone 6' pulak...heeee

    ReplyDelete
  2. hehehehhe... nik kalau di beri secara percuma, tadah je tangan, hehehhee

    ReplyDelete
  3. betul ke mudah bengkok nih??

    ReplyDelete
  4. Mahal...tak mampu nak beli huhu

    ReplyDelete
  5. Biarlah pengguna nak guna smartphone jenis ape pun, it's their own money. Front camera iPhone walaupun MP kecil, tapi gambar die kebanyakan adalah terbaik dari kamera smartphone lain. Bukan soal megapixel yang jadi peranan. iPhone nie sebenarnye bagus untuk long-term usage, so tak perlulah judge sebegitu. Pasal bending tu, ape guna case berlambak di pasaran utk iphone 6/6+ ? Dan pengetahuan juga, demand utk Apple mmg tinggi kat Malaysia. Tengok case Apple paling lama stay di pasaran compare to other brands. Harga mahal padan dengan apa yang kita dapat bile gune iPhone 6. Lagi satu bro, skrin iphone 6/6+ dah kira sama tarat dengan Note 4 dan LG G3 bagi skrin besar, dan S5 dan HTC One M8 untuk skrin iphone 6.

    So konklusi dia, memang ada pro and cons in each brand. But the winner is, depends pada individual. Ada orang boring guna Android, ada orang nak cuba iOS. Pilihan masing2 bro.
    So tak perlu kot nak hasut. Boleh tgk sendiri Apple kat Malaysia memang laku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nak menghasut bro. ni namanya pros and cons. saya buat juga artikel kenapa perlu beli iphone 6. saya juga meminati product apple. tapi ia bukan lah sempurna. :D

      Delete
    2. HANYA YG MEMAKAI APPLE PRODUK JE TAU KEHEBATANNYA

      Delete
    3. HANYA YG MEMAKAI APPLE PRODUK JE TAU KEHEBATANNYA

      Delete
  6. dalam, saya ader pelbagai Jenis phone clone grade AAA dengan harga yang sangat murah, ip5s, ip6, ip6+ pon ader, ader banyak lagi phone jenama lain, berminat?, whatapp or pm saya di 01128755146

    ReplyDelete
  7. dalam, saya ader pelbagai Jenis phone clone grade AAA dengan harga yang sangat murah, ip5s, ip6, ip6+ pon ader, ader banyak lagi phone jenama lain, berminat?, whatapp or pm saya di 01128755146

    ReplyDelete
  8. Dari beli handphone harga mcm tu. Baik pergi bali dgn hsrga mcm tu lebih byk faedah. Handpohne apple cuma digemari sb brands. Well org mcm kita ni mmg spesis ada gaya mcm org kaya even poket, rumah, kereta hampehhh. Baik berserdahana. Mcm2 boleh beli dari iphone. Sy boleh beli kalo nak, tapi bagi say membazir

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu. harga sebiji iphone tu macam macam boleh buat. lagipun banyak lagi fon cantik

      Delete
  9. tp sgt sukakan dgn jenama apple... hehe

    ReplyDelete
  10. Sy guna htc m8 dan iphone 6. Sy dapati byk perbezaan antara kedua. Iphone ada kelebihan dan kekurangan. Satu feature org tak pernah discuss langsung ialah kualiti audio bluetooth pd iphone lebih baik. HTC M8 mempunyai speaker paling bagus dalam pasaran ketika ini tetapi kualiti audio bluetooth tidak sehebat iphone 6.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. bluetooth iphone lebih bgus walaupun tak bleh hantar ke fon lain.. speaker HTC plak power sebab disokong Beats.

      Delete
  11. sy pengguna iphone 6 gold. Bg sy setiap fon ada kelebihan dan kekurangannya. Biasalah tu. yg buat pn manusia jgk. so nobody perfect. even org ckp rugi, mmbazir beli iphone ni and so on. for me, sy beli as reward for my self lepas keje bagai nk mati.. so its depends laa msing2 pnye opinion kan. bg sy satu kepuasan laa mnggunakn iphone ni. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun guna iphone. ada kelebihan dan kurangan.. in the end, ia tak sempurna.

      Delete
  12. Harga punca saya malas nak memilikinya sekarang hohoho

    ReplyDelete
  13. Nasib baik i pakai samseng...hihi

    ReplyDelete
  14. nasibbaik tak beli...kehkehkehkeh walaupun samsengku asik hang ku ttp syang

    ReplyDelete
  15. iphone memang terbaik tetapi mana ada kesempurnaan..

    ReplyDelete
  16. Sy tak beli tapi org bagi iphone 6s sy terima jelah😂

    ReplyDelete
  17. Baca Saja Mungkin Iphone 6s sudah ada perbaikan ulasannya DI SINI http://pujiraharjo.com/iphone-6-vs-iphone-6s/

    ReplyDelete
  18. Walaupun MYiDEAKiNi pengguna biasa (bukan pengguna tegar yer...) Iphone 6, taklah sehebat mana dengan phone yang ada di pasaran kini. Cuma iphone ni susah skit nak masuk virus web dan kekurangannya banyak. Salah satunya lagu nak kena beli dan perlu verify kad kredit terlebih dahulu....Adoi....

    Bagi bloggers yang ingin memiliki iphone 6 ni, lebih baik fikir 10x yer...Bukan nak menghasut tapi perlu buat perbandingan spesifikasi dengan telefon brand yang lain...

    ReplyDelete
  19. Aku baru beli note 5 ...byk kelebihan dr guna iphone..aku dah stop product apple..indah khabar jer..dibuat pun di china...

    ReplyDelete
  20. Aku baru beli note 5 ...byk kelebihan dr guna iphone..aku dah stop product apple..indah khabar jer..dibuat pun di china...

    ReplyDelete
  21. Baru berangan nak tukar iphone6. Huhu. Tapi orangkata iphone ni tak mudah jem dan hang. Betulkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. saya dah setahun guna. tak pernanh hang pun

      Delete
  22. Huu dah terbeli dah sebab S3 yang dipakai selama 6 tahun akhirnya surrender :)

    Syukur ada handphone ^_^v

    ReplyDelete
  23. majikan benar staff beli phone dan claim asal serah resit dan warranty card....harga x kisah janji ada fungsi panggilan...phone apa yg elok.?

    ReplyDelete
  24. majikan benar staff beli phone dan claim asal serah resit dan warranty card....harga x kisah janji ada fungsi panggilan...phone apa yg elok.?

    ReplyDelete
  25. sya punn tergoda dgn iphone 6s+ ....

    ReplyDelete
  26. saya pengguna iphone5. Bagi saya kualiti dia memang tiptop.Dah 4 tahun guna tak pernah hang. Sangat smooth, gambar cantik walau pixel kecik. X penah kena virus. Tapi susah bila x bleh nk blutooth & share dgn android. Juga x boleh nk download ringtone mcm android. Bila nk update or download kena guna kad kredit & slalu dia minta id. Slalu juga minta update ios. Bak kata suami sy iphone ni utk org kaya2 je =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul saya setuju.. sy suka iphone sebab interface lawa dan smooth. tapi paling tak best kita x boleh share file dgn phone lain. hmm

      Delete
  27. iphone bkn gmpk pon baik pkai smsung or huawei...cer tgk dh laa iphone 7 tiru huawei p9 leica bodo iphone fuck you

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top