Rabu, 12 November 2014

Google Doodle Mokhtar Dahari



Google Malaysia hadir dengan doodle khas Mokhtar Dahari bersempena dengan ulang tahun kelahirannya pada 13 November. 

Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari merupakan bintang bola sepak terkenal tanah air pada tahun 70-an. Allahyarham pernah bermain bersama pasukan Selangor dari tahun 1972 hingga 1988 dan mewakili skuad kebangsaan selama 13 tahun dari 1972 hingga 1985.

Allahyarham juga digelar 'SuperMokh dek kerana kepantasan dan kehebatannya menjaringkan gol yang banyak. 

Google doodle khas ini kebiasaan akan menghiasi paparan utama Google selama 24 jam. Sebelum ini pihak Google Malaysia pernah memaparkan beberapa doodle khas bersempena hari bersejarah Malaysia seperti Pilihan Raya Umum 14, Hari Kemerdekaan, dan Hari Malaysia.

Previous entry: Blogger Buat Duit Online

1 ulasan: