REVIEW BUKU - Landline

17


Rainbow Rowell ialah penulis yang pernah mencatat New York Times Bestseller melalui novel 'Eleanor and Park'. Karya terbaharunya, berjudul Landline mengangkat kisah pasangan suami isteri yang berpeluang kembali ke masa lampau untuk memperbaiki rumahtangga mereka yang goyah. Landline diterbitkan pada Julai 2014 bergenre contemporary dan adult-fiction.


Sinopsis Buku Landline (dalam Bahasa Melayu)

Georgie McCool sedang meniti hari-hari yang sukar dalam hidupnya. Berkerja sebagai penulis skrip rancangan televisyen, Georgie sepatutnya gembira apabila ditawarkan untuk menulis skrip sebuah sitcom bertajuk Passing Time, yang bakal mengangkat kariernya. Namun, untuk menyiapkan episod pertama Passing Time, Georgie terpaksa 'berkampung' di pejabat selama sepuluh hari dan ini merisaukan Georgie kerana dia telah berjanji untuk ke menyambut Hari Natal bersama suaminya, Neal, dan dua anaknya di Nebraska.

Neal seorang suami yang baik dan penyayang sentiasa menyokong kerjaya Georgie, namun kali ini dia benar-benar kecewa kerana Georgie lebih memilih untuk berkerja dari menyambut Hari Natal bersama keluarga. Neal, Noomi, dan Alice terbang ke Nebraska dan meninggalkan Georgie keseorangan di Los Angeles.

Ketika Georgie bermalam dirumah ibunya, dia cuba menghubungi Neal menggunakan telefon lama dan mendapati dia boleh bercakap dengan Neal di masa lampau ketika mereka masih belum berkahwin.  Georgie merasakan seolah-olah dia diberi peluang untuk memulihkan masalah rumahtangganya sebelum ia bermula atau adakah ia bakal menjadi lebih teruk?

Ulasan Buku Landline

Saya terlalu exited nak baca buku ni, kerana sebelum membaca Landline saya baca buku More Than This yang bergenre YA Dystopian. Jadi saya mahu lari daripada genre yang sama dan nak cuba adult fiction, ternyata Landline tidak mengecewakan. 



Landline adalah salah satu buku di mana ketika membacanya ia memberikan pengalaman seperti sedang menonton filem. Ini kerana setiap halaman dipenuhi dengan dialog bersahaja seperti dalam filem Hollywood. Kesibukan Georgie di pejabat sedikit sebanyak mengingatkan saya pada filem Morning Glory lakonan  Rachel McAdams.

Bahagian yang paling menarik adalah di mana George sendiri tertanya-tanya samada perbualannya dengan Neal telah pun berlaku di masa lampau. Jika perbualannya dengan Neal itu telah pun berlaku 14 tahun dahulu dia perlu meyakinnya Neal untuk terus bersama dengannya. 

Secara umumnya Landline adalah adult fiction tetapi ditambah sedikit dengan rencah sains fiksyen apabila wujudnya telefon yang boleh merentasi masa. Seperti buku lain di pasaran, ia turut dihiasi dengan past and present. Ia menceritakan bagaimana Georgie bertemu dan jatuh cinta terhadap Neal serta bagaimana rumahtangga mereka mula goyah.  

 "We're not broken up."
 "I know, but we're still broken."

Rainbow Rowell mempunyai bakat dalam mencipta watak dan menjadikan watak tersebut begitu real. Dari segi kelakuan dan cara mereka bercakap, watak-watak ini seperti wujud di dunia nyata.

So far, spine buku Landline paling cantik.
Landline tidak mempunyai banyak watak kerana ia lebih memberi perhatian kepada Georgie. Namun apabila munculnya sesuatu watak, Rowell benar-benar mahukan pembaca merasa dekat dengan watak itu. Hubungan antara Georgie dan adiknya sentiasa mencuri perhatian saya.

Kelemahan

Landline mengisahkan sebuah telefon lama yang boleh membuat panggilan ke masa lampau. Namun pembaca perlu menunggu agak lama untuk sampai ke babak itu.

Penceritaannya agak meleret-leret kerana terlalu banyak babak Georgie di pejabat, berbual dengan rakan baiknya, Seth. Sehingga saya merasakan watak Seth lebih menonjol dari Neal.

Cover buku paling cantik!
Secara keseluruhannya, saya terhibur dengan Landline. Ia jelas, santai, dan  tidak keterlaluan. Anda akan rasa dekat dengan Georgie dan bakal merasa kecewa jika buku ini tidak berakhir dengan happy ending.

Saya suka gaya penulisan Rainbow Rowell catchy, ringkas dan mengandungi unsur humor. Oleh itu saya dah beli sebuah lagi buku tulisan Rowell iaitu Fangirl. Hehe! Ulasan buku Fangirl bakal menyusul. 


Previous entry: Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014

Post a Comment

17Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. okeh.

    buku ni macam best. pinjam, leh?

    ReplyDelete
  2. baca novel feel dia lain daripada tengok movie

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel ni takde movie. tapi tetap best bila baca

      Delete
  3. nampak macam best je, dapat baca sinopsis pun ok lah....

    ReplyDelete
  4. Macam best juga buku ni. Cover pun cantik. Boleh jatuh cinta kat cover tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam koleksi saya, cover buku ni paling cantik

      Delete
  5. macam menarik je, satu kelainan juga bila penceritaan kembali ke masa lampau untuk misi mengubah keadaan lebih baik. .

    ReplyDelete
  6. novel tukar movie ,macam best je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel ni sesuai jadi telemovie je kot. hehe

      Delete
  7. Wah.. Kembali ke masa lampau dengan telefon. Macam menarik je. Tapi saya masih belum mampu nak baca novel english ni. Mau separuh jalan je nanti.

    ReplyDelete
  8. menarik je buku ini..kalau saya setahun tak habis baca kalau dalam bahasa Inggeris!

    ReplyDelete
  9. Mcm best je cite ni...nak kena review buku novel nye dlu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top