Rabu, 12 November 2014

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014


Saingan Liga Malaysia telah pun melabuhkan tirainya pada 1 November lalu,  dan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan diteruskan bagi mengiktiraf pemain persatuan bola sepak tempatan.

Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014 menyaksikan pasukan Pahang berjaya mendominasi lima anugerah iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Jurulatih Terbaik, Persatuan Bola Sepak Terbaik, berserta anugerah utama iaitu, Pemain Paling Bernilai.

Ini membuktikan pasukan Pahang adalah pasukan terbaik musim ini  kerana bukan sahaja memenangi lima anugerah tetapi berjaya menggondol dua kejuaraan iaitu Piala FA dan Piala Malaysia. Penjaga gawangnya juga turut melakukan kejutan apabila muncul sebagai Pemain Paling Bernilai.

Selain itu, kapten pasukan, Kelantan, Badri Radzi berjaya mengekalkan gelaran Pemain Tengah Terbaik dan Norfarhan Muhamad juga turut mempertahankan gelarannya sebagai Penyerang Terbaik. 

Berikut adalah senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014

PENJAGA GOL TERBAIK - Khairul Azhan (Pahang)

PEMAIN PERTAHANAN TERBAIK - Razman Roslan (Pahang)

PEMAIN TENGAH TERBAIK - Badri Radzi (Kelantan)

PENYERANG TERBAIK - Horfarhan Muhamad (Terengganu)

PEMAIN MUDA HARAPAN - Farhan Roslan (Kedah)

PEMAIN LUAR TERBAIK - Ali Ashfaq (PDRM)

JURULATIH TERBAIK - Zainal Abidin Hassan (Pahang)

PEMAIN PALING BERNILAI - Khairul Azhan (Pahang)

ANUGERAH FAIRPLAY - Terengganu FA

PERSATUAN BOLA SEPAK TERBAIK - Pahang FA

KELAB BOLA SEPAK TERBAIK - Johor Darul Takzim

KELAB PENYOKONG TERBAIK - Johor Darul Takzim


Previous entry: Google Doodle Mokhtar Dahari

6 ulasan:

  1. Tahniah kepada skuad pahang.Kekalkan prestasi.
    Lepas nie semakin banyak kelab yang mempunyai kelab penyokong tersendiri.

    BalasPadam
  2. hoho..

    tahniah pada yang menang eh.

    BalasPadam
  3. patutlah pahang juara..smua power2...

    BalasPadam
  4. Pahang.. mantap! memang terbaik la u alls!.. tahun depan boleh kekalkan lagi jadi juara...saya suka baca semua entri blog anda.. jemput blogwalking..

    BalasPadam
  5. tahniah Khairul Azhan, bukan senang goalkeeper dapat mvp

    BalasPadam