(Sinopsis) Istikharah Cinta di Tv3

2

Bila Hati Berbicara telah melabuhkan tirainya dan Tv3 bakal menyajikan sebuah lagi drama bersiri terbaharu berjudul ISTIKHARAH CINTA bagi mengisi Slot Akasia.

Istikharah Cinta menampilkan Zul Ariffin dan pendatang baharu, Faye Kusairi sebagai pelakon utama dan dibantu oleh Syazwan Zulkifli, Nizen Ayob, Lia Natalia, Falisha Crossley, Azizul Ammar, Dato Eizlan Yusof dan Zarina Zainuddin.


Drama 28 episod terbitan Orange Tree Production dan diarahkan oleh Azmi Hatta ini telah pun bersiaran di Tv3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam.
 
Sinopsis Istikharah Cinta 

Airil yang yang tidak menyangka akan bertemu dengan Dina, perkenalan yang terjadi di sebuah restoran itu telah membawa satu perubahan besar dalam hidup mereka berdua. Semuanya kerana mereka terpaksa berkongsi meja. Pertemuan yang bermula dengan kebetulan bakal mengubah takdir mereka bersama. Pertemuan mereka kali kedua di Langkawi tatkala Dina mengakhiri hubungannya dengan Hanafis. Berkongsi kisah suka duka merapatkan lagi hubungan Airil dan Dina.

Hanafis terpaksa memutuskan hubungannya bersama Dina kerana dipaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya. Jauh di sudut hatinya Hanafis tidak dapat melupakan Dina. Kisah cinta itu bakal membawa lebih cinta tiga segi apabila Juliza, rakan sekerja Airil dalam diam menaruh perasaan kepada Airil.

Dalam masa yang sama, bekas isteri Airil, Aiza sudah pun memulakan hidup baru bersama suaminya Dr. Rizal. Keputusannya untuk memulakan kehidupan baru dan bahagia bersama suami barunya ternyata meleset. Aiza sering sahaja membeza-bezakan antara Airil dan juga Dr. Rizal lantas rumah tangga Aiza mula bergolak. Aiza mula sedar, bekas suaminya ternyata lebih baik dan berhasrat mencari Airil kembali.

Hubungan Airil dan Dina semakin akrab dan bermula lah kisah cinta mereka. Airil berharap memperisterikan Dina. Namun Airil tidak pernah berterus-terang dengan statusnya sebagai seorang duda. Apakah yang akan terjadi apabila Dina mengetahui perkara yang sebenar? Adakah dia mudah menerima hakikat tersebut?

Hanafis yang masih menyimpan perasaan terhadap Dina juga ingin memenangi hati Dina kembali. Airil pula mulai rimas dengan Aiza yang mencari dan mengganggunya kerana kini dia hanya mencintai Dina. .



Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. macam best je drama ni tapi saya yakin tak dapat tengok sebab mak ayah saya anti drama Melayu. Hahaha

    cara mudah mahu kurus dengan selamat dan berkesan

    ReplyDelete
  2. sekarang mmg dah melekat nak tgk cite ni. konfem kes rindu awak 200% hahahha
    best cite ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top