Rabu, 31 Disember 2014

ULASAN FILEM - Gone Girl


Gone Girl merupakan sebuah lagi filem Hollywood yang mengangkat konflik rumah tangga sepasang suami isteri sebagai jalan cerita. Namun filem ini diisi dengan unsur suspen dan thriller yang padat buat penonton.

Seperti sudah menjadi trend masa kini, filem yang diadaptasi dari novel popular akan mendapat perhatian. Begitu juga dengan Gone Girl yang diadaptasi dari novel (dengan tajuk yang sama) tulisan Gillian Flynn.

Saya merasa lega kerana kali ini filem yang diadaptasi dari novel tidak bergenre Young Adult di mana watak utamanya merupakan 'the chosen one'.

Diarahkan oleh David Finche dan dibarisi pelakon ternama seperti Ben Afleck, Rosamund Pike, Neil Patrick Harris, Tyler Perry dan Carrie Coon, ia  memantapkan lagi filem bergenre drama/thriller ini.
 
Sinopsis

Mengisahkan Nick Dunne yang menikahi Amy, seorang wanita berkerjaya yang juga digelar sebagai 'Amazing Amy' sempena nama buku kanak-kanak popular yang ditulisnya. Nick sebagai lelaki biasa cuba menjadi suami yang setaraf dengan isterinya berusaha untuk mengekalkan rumah tangga mereka.


Sehinggalah pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima, Amy tiba-tiba hilang dengan meninggalkan tanda-tanda telah dibunuh.

Misteri kehilangan Amy mendapat tumpuan para media dan menjadi perhatian seluruh Amerika Syarikat. Hari-hari berlalu dan Nick meneruskan usaha mencari isterinya dan secara tiba-tiba Nick menjadi suspek utama dalam tuduhan membunuh isterinya sendiri.

Review Filem Gone Girl

Pujian harus diberikan kepada Gillian Flynn dan Finche kerana telah menjadikan filem ini sarat dengan unsur yang memukau penonton. Ia tampak hebat dengan warna sinamatografi kelabu-hijau yang digabung dengan jalan cerita yang mengagumkan.


Gone Girl bukan sahaja mengenai kehilangan Amy bahkan lebih dari itu. Filem ini dipenuhi dengan plot twist, namun ia tidak keterlaluan. Melalui point of view Amy, ia membongkar rahsia Nick kepada penonton sekaligus turut menuduh Nick yang merancang pembunuhan Amy. Kelakuan Nick juga mencurigakan seperti menyembunyikan sesuatu. 



Babak demi babak, penonton semakin mengenali kedua watak utama ini tentang siapa mereka dan konflik rumah tangga yang mereka lalui.

Flynn dan Finche turut memaparkan sikap masyarakat hari ini yang suka menghukum individu di laman sosial tanpa usul periksa. Nilai negatif ini dapat dilihat ketika kes kehilangan Amy menjadi viral dan Nick dituduh menjadi dalangnya.

Walaupun filem ini berdurasi 149 minit, ia langsung tidak membosankan kerana setiap babak merungkai persoalan penonton sekaligus menjawab misteri kehilangan Amy. 


Kelemahan

Beberapa orang pelakon  adakalanya seperti terlalu berusaha untuk menjadikan Gone Girl sebagai filem thriller melalui dialog yang disampaikan. Selain itu, hampir semua watak lelaki dalam filem ini memakai kemeja biru muda termasuk Nick. Beliau memakai baju yang sama dari awal hingga ke pertengahan filem. Why?

 
Secara keseluruhan, Gone Girl memang mengagumkan, bijak, mendebarkan sehingga mampu membuatkan penonton terpaku. So, 8.5 bintang untuk Gone Girl!


Previous entry: (Sinopsis) Istikharah Cinta di Tv3

3 ulasan:

  1. ok kena put in the list.
    nak tengok cite gone girl ni. mcm best jeee

    BalasPadam
  2. Suspen ni best. Buat kita pun berfikir perah otak.

    BalasPadam