ULASAN FILEM - The Hunger Games: Mockingjay Part 1

12
Bagi penggemar siri The Hunger Games (THG) macam saya, sequel ketiga Mockingjay Part 1 memang wajib ditonton. Saya dah baca ketiga-tiga trilogi THG, di mana anda boleh baca review buku DI SINI, which I LOVED IT!!! Siri THG memilik keistimewaannya tersendiri dan Mockingjay adalah sebab kenapa siri ini di tulis. 

Saya perlu menunggu kira-kira dua minggu untuk menonton filem ni sebab tak ada panggung wayang di Kelantan. Akhirnya dapat juga tengok semasa percutian saya di Hatyai, Thailand baru-baru ni. :D

Ambik kau bahasa Thailand!
Sinopsis TGH Mockingjay Part 1

Mockingjay Part 1 dimulakan betul-betul di mana filem kedua, Catching Fire tamat. Katniss Everdeen, diselamatkan oleh pihak pemberontak District 13 dari arena Quarter Quell. Beliau kini tinggal di District 13 iaitu pangkalas rahsia bawah tanah bersama komuniti membuat persiapan untuk berperang sejak pemberontakkan 74 tahun lalu. 
 

Katniss mengalami post-traumatic stress disorder (PTSD) iaitu gangguan tekanan selepas trauma akibat daripada dua The Hunger Games yang disertainya sebelum ini. Lebih malang, temannya, Peeta Mellark kini menjadi tawanan President Snow. 

Tanpa kerelaan Katniss, beliau perlu menjadi 'Mockingjay' iaitu simbol kepada pemberontakkan untuk mengajak seluruh rakyat negara Panem untuk menjatuhkan kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi oleh President Snow.


AMARAN: Ulasan seterusnya ini mungkin mengandungi spoiler!

Ulasan Filem THG Mockingjay Part 1

Dua perkara yang saya benar-benar bersyukur tentang Mockingjay. Pertama, adalah pengarahnya, Francis Lawrence. Francis mula mengarah sekuel kedua, dan beliau telah melakukan tugas yang baik dalam mengadaptasi novel ke layar perak. Arahannya jauh lebih baik dari Gary Ross yang mengarah filem pertama dahulu. Selepas menonton Catching Fire saya tidak risau apa yang bakal dilakukan Francis.
 
Kedua, Jennifer Lawrence. Phew! Lakonannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Saya tidak dapat bayangkan pelakon lain membawakan watak Katniss. Langkah Academy Awards menobatkan Jennifer sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada 2013 adalah satu keputusan yang tepat dan tidak keterlaluan jika saya katakan lakonan JLaw dalam Mockingjay adalah yang terbaik setakat ini. 

Tiada lagi pertempuran di arena, filem kali ini lebih memperlihatkan sisi peperangan dan politik. Katniss yang memegang peranan sebagai simbol pemberontakkan perlu merakam video propaganda untuk disiarkan ke seluruh Panem untuk mengajak rakyat mengguling kerajaan Capitol.


Teknik CGI yang dipaparkan dalam filem ini juga cukup berkesan terutama kediaman bawah tanah District 13 nampak realistik. Adegan perang serta letupan jet pejuang juga mampu membuatkan penonton terpegun.

Selain itu babak ketika Katniss menyanyikan lagu 'The Hanging Tree' was one of the most powerful scenes. The Hanging Tree diharamkan di Panem kerana bait-bait liriknya yang bersifat menentang kerajaan. Siapa sangka lagu nyanyian Jennifer Lawrence ini cukup sedap didengar. Haunted to be exact


Menguatkan lagi filem ini, Mockingjay dibarisi pelakon hebat seperti Donald Sutherland, Woody Harrelson, Julianne Moore, Natalie Dormer, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth dan mendiang Philip Seymour Hoffman.

Walaupun watak yang hanya muncul dalam beberapa babak, namun kehebatan lakonan mereka berjaya menguatkan filem ini. Terutamanya watak Effie Trinket yang dimainkan oleh Elizabeth Banks. Watak Johanna Mason pula, meskipun hanya muncul dalam dua saat dan tanpa dialog, ia sudah cukup menggambarkan kesengsaraan yang dihadapinya.



Jalan cerita Mockingjay agak perlahan berbanding dua filem sebelum ini di mana ia hanya melibatkan dialog antara karakter. Namun setiap babak diisi dengan plot yang sentiasa bergerak serta menjawab segala persoalan penonton. 

Jika anda baca Mockingjay, anda pasti tahu yang tidak banyak aksi pada separuh buku. Ia hanya menceritakan tentang apa yang dirancangkan oleh komuniti District 13, trauma yang dialam Katniss dan misi untuk menyelamatkan Peeta serta peperangan di District 8. It was amazing how they could make ‘nothing’ into ‘something’.

Kelemahan

Hanya satu perkara yang mengganggu keseronokkan menonton filem ini, iaitu rambut palsu yang di pakai oleh Jennifer Lawrence. Jika pihak produksi boleh buat rambut palsu untuk yang baik untuk watak Haymitch dan Ceaser Flickerman, kenapa tidak Katniss?

Secara keseluruhannya, Mockingjay Part 1 memang hebat! Dari segi lakonan, barisan pelakon, dan teknik CGI yang digunakan mampu memukau sesiapa sahaja yang menontonnya. Ia jauh lebih baik dari apa yang saya bayangkan ketika membaca buku. Jika bahagian pertama sudah cukup hebat, bayangkan apa yang berlaku dalam bahagian kedua nanti?


Previous entry:  Senarai Pemain Kelantan 2015

Post a Comment

12Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Bab lagu tu..gua setuju. Memang antara scene terbaik. Tapi paling rare bila katniss panah kapal terbang tu. Yang lagi super rare..bila masa diorang leh rakam saat2 katnis panah kapal terbang tu..

    Haha..

    Memang tak logik. Tapi itu yang orang kita suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 tgk trailer die pun rasa mcm tu jugak. tapi dlm filem Rambo pun ade scene panah helikopter. haha! biasa lah hollywood.

      Delete
    2. Rambo lelaki. Logik la tu.

      Pempuan tak logik. Haha..

      Delete
  2. Seronok dapat tengok wayang !!

    ReplyDelete
  3. Sy blom tonton lg. So x leh nak komen byk

    ReplyDelete
  4. best gila citer ni. rugi gila kalau tak tengok. tapi masalahnya tak ada masa pula nak tengok.

    cara nak cegah demam

    ReplyDelete
  5. Saya kurang gemar filem yang diadaptasi dari novel/buku. Biasanya it's a let down bagi orang yang pernah baca novel tersebut sebab movie tidak akan dapat menzahirkan 100% apa yang disampaikan dalam novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku memang lagi best dari movie. Sebab susah kalau nak terjemah400 muka surat kepada filem yang kurang dari 2 jam. kena potong banyak babak. silap2 kena tukar sikir.

      Delete
  6. best citer ni tapi nak tunggu part 2 yang sengsara ni hahaha. tapi berbaloi tgk

    ReplyDelete
  7. wow...ulasan yang padat...saya pernah tengok yang catching fire tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top