REVEW BUKU: Fangirl

4



Fangirl diterbitkan pada 2013 ditulis oleh Rainbow Rowell, yang pernah menempa nama di New York Times Best Selling Author melalui buku Eleanor & Park dan The Attachments. Saya beli buku ni sebab saya terhibur akan karya Rowell yang terkini iaitu Landline.

Oleh itu saya meletakkan harapan yang cukup tinggi terhadap Fangirl agar ia sehebat Landline. Adakah ia sehebat Landline? Jom baca ulasan buku Fangirl.

Sinopsis Buku Fangirl

Cath sedang menyesuaikan diri. Tahun pertama di kolej bukanlah sesuatu mudah buat dirinya, seorang gadis anti sosial dan takut akan perubahan. Pada Cath hidupnya hanya tentang Simon Snow, iaitu siri novel terkenal yang dibacanya bertahun-tahun.

Baca dan ulang baca. Sertai forum Simon Snow di alam maya, memakai kostum seperti watak dalam buku pada setiap kali tayangan perdana filem Simon Snow. Cath turut menulis 'fanfiction' tentang Simon Snow bertajuk Carry On. (rujuk maksud fan fiction di bawah). Sukar buat Cath untuk melepaskan dunia magik Simon Snow. Tidak seperti kembar seirasnya, Wren, yang lebih matang.  


Kini mereka telah memasuki dunia universiti dan Wren tidak lagi mahu sebilik dengannya seperti yang mereka lakukan sejak lahir. Cath perlu berdikari dan melakukan segalanya bersendirian.

Di asrama, Cath terpaksa berdepan dengan teman sebilik yang perengus dan teman lelakinya, profesor yang anti fanfiction, dan risau akan ayahnya yang tinggal bersendirian.

Ulasan buku Fangirl

Fangirl adalah buku yang WAJIB dibaca oleh setiap orang yang menggelarkan dirinya sebagai ulat buku. Kenapa? Kerana anda akan nampak diri anda dalam watak utamanya, Cath. Suka membaca, sentiasa melayari internet, tidak berenggang dengan telefon bimbit.

Dunia magik Simon Snow adalah segalanya buat Cath sehingga dia menulis fanfiction di internet dan memiliki pengikut tersendiri. Bagi yang tak tahu apa itu fanfiction, meh nak terangkan:

Maksud fanfiction: Fanfiction adalah kisah yang ditulis oleh peminat berdasarkan filem, siri televisyen atau buku. Ia merupakan sambungan atau jalan cerita yang diubah dari karya asal supaya ia tidak tamat. Fanfiction ditulis kerana terlalu meminati sesebuah karya.


Ketika membaca Fangirl, kita seolah-olah membaca tiga buah buku iaitu Fangirl, Simon Snow, dan Carry On. Obviously, novel Simon Snow mirip novel Harry Potter. Haha!

Tidak banyak watak yang diketengahkan dalam buku ini kerana skopnya terlalu kecil. 90 peratus daripada buku ini berlatarbelakangkan asrama Cath dan sekitar kolej.

Seperti biasa, Rowell mencipta buku fiksyen yang cukup real dan logik, seolah-olah ia benar-benar berlaku di dunia nyata. Apa yang saya perasan tentang tulisan Rowell adalah, watak perempuan ciptaannya sangat jelas, perwatakkan tidak sempurna, tetapi disukai. 

Hubungan dingin antara Cath dan ibunya mengingatkan saya pada filem Stuck In Love lakonan Lily Collins. Pada saya point yang mengangkat keluarga berantakkan itu agak cliche
A photo posted by @nikkhazami on

Do I really love this book? Pada saya Fangirl ditulis dengan baik dan masih lagi berbaloi untuk dimiliki dengan harga RM35.90. Namun jalan ceritanya kurang menghiburkan saya. Faktor usia mungkin. Heee! Jadi saya rate buku Fangirl, 3.3 out of 5. 

Jemput singgah ke entry: Malaysia Best Blog 2015

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Agak menariks gaks sinopsis buku nih.... boleh beli & wat adiah kat mereka2 yang suka membace nih...

    http://supernifzvitamin.com/ubat-tahan-mengantuk-tanpa-kafein-dan-dadah/

    ReplyDelete
  2. English dlm buku nii sng nak tafsir x?? Tengh beljr english,, x pro lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je. Kalau dlm proses belajar english, saya cadangkan baca buku bergenre young adult.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top