(Sinopsis) Ajaibnya Cinta di Tv3

2


Stesen televisyen nombor satu negara, Tv3, sering menyajikan drama hebat buat anda. Kali ini, sebuah lagi drama berjudul AJAIBNYA CINTA bakal menghiasi Slot Lestary mulai 18 Mac ini.

Drama yang menggantikan Delina ini adalah buah tangan terbaharu dari produksi Rumah Karya Citra Sdn Bhd. 

Kesinambungan Spain Uolls

Ajaibnya Cinta merupakan kesinambungan telemovie Spain Uolls yang pernah ditayangkan pada Aidilfitri tahun lalu. Masih lagi mengekalkan pelakon utama, pastinya drama ini bakal mencetuskan fenomenanya yang tersendiri.


Diarahkan oleh Eyra Rahman, Ajaibnya Cinta dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Shaheizy Sam, Nora Danish, Sharifah Amani, Eirma Fatima, Betty Rahmat, Datuk Rahim Razali, Balkish Semundur Khan, Ifa Raziah, Aqasha, Lana Nordin, Esma Daniel, Norish Karman, dan Mimi Ernida.

Ajaibnya Cinta bakal bersiaran mulai 18 Mac 2014, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Tv3

Sinopsis drama Ajaibnya Cinta

Mengisahkan Akif, Halimatun, Hammara dan Maya bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Namun, Hammara bakal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara, begitu juga pada Akif kerana Akif seperti mahu menjauhkan diri darinya. 
Akif mengikut Hammara bertemu dengan Maulana di sebuah perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenar-benarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara.
Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa dengan Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara.
Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul, tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan yang anak kesayangannya Halimatun akan pulang ke Malaysia. 
Sampai sahaja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun bahawa dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun, tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari-cari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa. 
Datin Suzana dan Dato’ Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat sahaja. Datin Suzana dan Dato Tajudin berasa malu di hadapan para tetamu. 
Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka tentang bersolat. 
Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Dato’ Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong daripada Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program-program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif telah memberi sinaran baharu dan harapan dalam hidupnya. 
Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun agar mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun.

Shaheizy Sam dan Nora Danish sekali lagi digandingkan melalui drama hebat ini.



sumber: Galaksi Media





Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Pelakon semua dah terkenal. Lain macam game TV3 ni.

    ReplyDelete
  2. dapat bercinta dengan 3 orang... erm menarik ni ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top