Ahad, 1 Mac 2015

(Sinopsis) Dia Isteri Luar Biasa di Tv3

 

Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa di Tv3. Memandangkan drama adaptasi novel popular sering mendapat sambutan menggalakkan, TV3 meneruskan lagi trend itu dengan drama DIA ISTERI LUAR BIASA hasil tulisan novelis Umie Nadzimah.

Dia Isteri Luar Biasa  (DILB) yang bakal menghiasi Slot Akasia ini dibintangi pelakon berbakat iaitu Nur Fathia, Shukri Yahaya, dan Keith Foo sebagai teraju utama. 

Diarahkan oleh Jamal Khan, drama bersiri ini dijangka bakal mencipta fenomena tersendiri kerana jalan cerita yang menarik serta barisan pelakon hebat. 

Dia Isteri Luar Biasa akan bersiaran mulai 18 Mei 2015, setiap Isnin hingga Khamis, 7 malam di Tv3.

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa di Slot Akasia
Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra yang mencari 'suami sementara' bertujuan untuk mendapatkan anak, kerana dia yakin boleh hidup tanpa lelaki. Kehadiran lelaki dalam hidup hanya menyusahkan dan setiap wanita akan kecewa dek kerana seorang lelaki.

Dewi berusaha mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan untuk mendapatkan anak sendiri, namun ditolak kerana menyalahi undang-undang. 
Kehadiran Dr. Raden Amzar dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Dr. Raden dalam diam mencuri perhatian Dewi.  
Dewi merancang sesuatu agar Raden dapat menjadi suami semantaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar, Dewi dan Raden Amzar ditangkap Khalwat. 
Mereka bernikah secara rahsia di Kota Londan.
   

Akhirnya Dewi disahkan mengandung, rancangan awal Dewi yang mahu meninggalkan Raden Amzar setelah mengandung gagal bila Dewi menerima alahan yang teruk. Keadaan lagi buruk bila bayi dalam kandungannya mahukan Raden Amzar sentiasa disisi. Raden Amzar sedar, Dewi masih belum boleh menerima dirinya lagi. Apakah yang terjadi seterusnya?

Namun tarikh siaran DILB masih belum diketahui, mungkin selepas tamat drama Teman Lelaki Upahan. Saya akan kemas kini nanti.

 

3 ulasan:

  1. Ohh dah ada cerita ganti untuk Teman Lelaki Upahan ehhh ..
    Hmm Nur Fathia .. junior sekolah saya dulu ni ... tapi tak sempat nak tukar2 no telefon .. hahaha...

    HASRULHASSAN.COM

    BalasPadam
  2. pandai betul drama sekarang kan..semua cerita nama tak hingat habis.

    BalasPadam
  3. Drama sekarang semua adaptasi dari novel kan? huhuhu

    BalasPadam