Cara Tingkatkan CPUV Nuffnang

14

Cara Tingkatkan Earnings Nuffnang. Memang frust bila pasang kod Nuffnang pada blog, tapi cuma dapatRM0.25 sahaja. Berbulan-bulan blogging tapi hasilnya tidak memuaskan. 

Bila jadi macam ni terus hilang mood nak blogging. Saya pernah mengalaminya masa awal-awal blogging dulu. Tapi lepas cuba beberapa tips, earnings semakin bertambah dan dapat banyak Cost-Per-Unique -Visit (CPUV). 

Ramai blogger yang dah tau tips ni. Bagi yang belum, saya nak share beberapa langkah untuk maksimakan hasil Nuffnang anda.

Cara Tingkatkan CPUV Nuffnang

1. Blogwalking - Kena rajin blogwalking serta tinggalkan komen. Tinggalkan jejak suapaya mereka tahu kewujudan anda. Kerana mereka akan berkunjung ke blog anda kembali. Langkah ini penting untuk mendapatkan 'unique visit'.

2. Tingkatkan trafik pada waktu 'panas' - Cuba tingkatkan trafik pada waktu 'panas' iaitu waktu iklan Nuffnang akan tertera diblog anda. Waktu terbaik adalah pada jam (8am-10am), (12pm-3pm), dan (8pm-10pm). Maksimakan trafik dengan berkongsi entry di laman sosial.

3. Sentiasa update blog - Pengiklan akan memilih blog yang aktif dan sentiasa update blog untuk memaparkan iklan mereka. Jadi perlu sentiasa kemaskini blog dengan entry baru yang memberi manfaat kepada pembaca. Paling busuk pun sekali seminggu. 

4. Update Survey - Masih ramai blogger ambil mudah soal survey. Sebenarnya ini adalah salah satu cara pihak pengiklan memilih blog. Survey ini memudahkan mereka untuk memaparkan iklan yang bersesuaian dengan pembaca blog, lingkungan umur, dan niche blog. 

5. Hantar tiket kepada Nuffnang - Jangan malu untuk hantar tiket kepada Nuffnang. Tak perlu karang dalam Bahasa Inggeris, buat dalam bahasa Melayu je. Rajinkan berinteraksi dengan mereka. Tanya je apa-apa soalan yang berkaitan. Tak payah malu, diorang tak nampak pun. 

6. Puji Nuffnang - Terbitkan beberapa entry review atau 'puji' Nuffnang. Biarkan mereka rasa dihargai. Saya dah beberapa kali buat entry review CPUV seperti INI dan INI. Hasilnya memberangsangkan. 

Apa yang saya sebutkan di atas merupakan langkah yang saya amalkan dalam blog ini dan beberapa blog lain. Hasilnya memuaskan dan selalu cashout Nuffnang. Cuba tengok CPUV saya dalam entry Satu Juta Gelas McDonalds Frozen Fanta Percuma dan Iklan CPUV Nuffnang Banyak Melampau. 


Cuba setkan 'blogging kerana minat' dahulu. Money comes later. Dalam alam maya ni banyak persaingan. Harap entry ini membantu blogger baru.

Tags

Post a Comment

14Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Waktu2 panas nak ping entry ni slalu tak terkejar...hehehe

    ReplyDelete
  2. sekarang nuffnang dah kurang bg iklan kan...hurm.... rasa nak cuba naseb dengan Innity pula laaa..

    jom singgah sini, kalau rajin klik la pic sy ye tq - http://www.bakul2011.com/2015/04/peringkat-ketiga-review-like-fan-page.html

    ReplyDelete
  3. dulu panas dengan iklan..sekarang semakin kurang pulak pengiklannya

    ReplyDelete
  4. Nice sharing yer... Zumal nak praktikan tips nie ^-^

    ReplyDelete
  5. patutlah iklan nuffnang saya ciput :(

    ReplyDelete
  6. Nak cuba cara nilah, mana tahu makin mencanak lagi Cpuv Nuffnang nanti.

    ReplyDelete
  7. baru 3 minggu lepas, cpuv saya cecah sampai 25 iklan.tetiba 2 hari lepas dah tinggal 5 je.kenapa ea?

    http://kucenmaster.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin iklan2 tersebut telah di creditkan. memang biasa berlaku, sesetengah cpuv hanya bertahan selama beberapa hari sahaja.

      Delete
  8. baru dengar perkataan waktu panas tu nik :D
    betul. blogging kerana minat, money belakang cerita :)

    ReplyDelete
  9. macam saya ongoin iklan bnyk la jugak tapi amount paling tinggi 0.10...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tingkatkan pageview blog.. kemudian anda akan nampak hasilnya.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top