Fakta Menarik Avengers Age Of Ultron

15

Fakta Menarik Avengers Age Of Ultron. Avengers merupakan gabungan watak superhero/adiwira komik Marvel di bawah satu filem. Rindu peminat terhadap Avengers yang kali terakhir diterbitkan pada 2012 akhirnya terubat melalui sekuel terbaharu, Age Of Ultron.

Pihak Walt Disney baru-baru ini mendedahkan 'fakta menarik' tentang filem arahan Joss Whedon ini.

Fakta Menarik Tentang Avengers: Age Of Ultron

1. Hulk akhirnya memakai seluar elastik baru yang perlu dipakai di dalam pakaian biasa. Seluar itu merupakan persediaan sekirannya dia bertukar kepada Hulk. Dia tidak lagi berdepan dengan situasi memalukan selepas bertukar menjadi lelaki biasa. 


2.  Pelindung Captain America juga dinaik taraf. Kini ia mampu untuk kembali kepada tuannya, sama seperti tukul Thor. Jika sebelum ini pelindungnya mempunyai pemegang dibelakang, kini elemen magnetik ditambah supaya ia melekat pada sarung tangan Captain America.

3. Hawkeye kini telah menaik taraf fungsi dan kehebatan anak panahnya. Sebahagiannya dijelaskan dalam filem, dan selebihnya akan disaksikan sendiri oleh penonton pada skrin. Tempat menyimpan anak panah juga berubah, ia lebih pantas dan mampu menyimpan sembilan anak panah.

4. Pereka produksi, Charles Wood telah membina Menara Avengers yang baru, yang juga merupakan set yang terbesar yang pernah dibina buat filem Marvel. 


5. Tiga orang pelakon aksi ngeri diupah bagi melakonkan babak aksi Black Widow lakonan Scarlett Johansson kerana aktres itu sarat mengandung. Ini menyebabkan kekeliruan dikalangan krew kerana wajah ketiga-tiga mereka mirip dengan Johansson. 

6. Pencipta superhero komik Marvel, Stan Lee, memberitahu penampilan istimewanya dalam filem Avengers Age Of Ultron merupakan penampilan kegemarannya setakat ini. 

7. Mengikut komik, Ultron dicipta oleh Dr Hank Pym, iaitu Ant-Man. Namun, dalam filem ini Ultron dicipta oleh Tony Stark, sementara Pym mempunya filemnya sendiri iaitu Ant-Man yang bakal ditayangkan tahun ini.

8. Pada asalnya watak jahat ingin dinamakan 'Thanos'. Tetapi Joss Whedon mengubahnya kepada Ultron. Thanos bakal muncul dalam Avengers: Infinity Wars Part 1 & 2 kelak.

James Spader sebagai Ultron
9. James Spader menggunakan suara semulajadinya ketika membawa watak robot jahat, Ultron. Spader melakukannya tanpa pelat dan suaranya tidak diubah.
sumber: IMDb

Previous entry: Pengalaman Beli Domain NetKL

Post a Comment

15Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. menarik gak movie nie...hu..hu..cuma susah nak layan kat wayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak review ckp filem kali ni action best

      Delete
    2. tunggu keluar kat tv je kalau macam tu...

      Delete
  2. Huhu..kenapa macam sedap, macam best jer cerita ni..nak kena download gak ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah keluar brrip, boleh download. haha!

      Delete
  3. hye awak....kita singgah snie...

    http://www.bakul2011.com/2015/04/peringkat-ketiga-review-like-fan-page.html

    ReplyDelete
  4. alaaaa...best nye lahaiiii..ni yang nak kena angkut anak-anak pegi nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau budak2 memang suka cerita superhero mcm ni. memang sesuai

      Delete
  5. mesti gempak gile niii.. takde masa nk gi tngok wayanggg

    ReplyDelete
  6. Teringin nak menonton filem super hero ini, Avengers ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh bawak anak2 ke pawagam, bro kamil

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top