Khamis, 16 April 2015

Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone


Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone. Jenama Oppo memang tak perlu diperkenalkan lagi. Produk keluaran China ini kian mendapat tempat di hati pengguna. Kerancakkan promosi dan kualitinya sedikit sebanyak menjejaskan dua produk gergasi iaitu Apple dan Samsung yang selama ini mendahului carta di pasaran.

Saya sendiri mengguna Oppo model R1L yang dibeli Disember lalu dengan harga RM998. Memang puas hati dan kagum dengan tahap kualitinya. Sayang gila kot, mungkin sebab beli dengan duit hasil blogging selama ni. Ahaaa!  

Jadi saya nak berkongsi pengalaman guna Oppo R1L

Kualiti kamera - indoor
Camera - Secara jujurnya, camera Oppo R1L ni tidak la secantik seperti yang diharapkan. Walaupun mempunyai 13 megapixels, ia masih gagal merakam gambar berkualiti. Terutama dalam situasi low-light. Namun, tidak ada masalah jika ambil gambar outdoor. Kualiti gambar tidaklah terlalu teruk, pada saya biasa-biasa sahaja. Manakala camera hadapan cukup jelas dan terang. Kalau nak berselfie memang power.

Design - Reka bentuk R1L menjadi sebab utama kenapa saya beli fon ni dulu. Saya memilih warna white-gold sebab warnanya tampak elegan dan eksklusif. Kualiti binaan yang solid selain sedap dipegang. 


Software - R1L dilengkapi dengan processor Qualcomm Snapdragon 400 Quad-core 1.6GHz. Ia bukanlah processor terkini, namun ia berfungsi dengan baik dan lancar.

Bateri - Jangka hayat bateri yang tahan lama memang sudah menjadi trademark Oppo. Walaupun R1L tidak mempunyai teknologi pengecasan pantas (VOOC) seperti model Find 7, dengan kapasiti 2410mAh ternyata mengagumkan. Saya bukanlah heavy user, tetapi dengan melayari internet, check email, dan media sosial, ia mampu bertahan hingga ke malam. 

Gesture - Gesture memudahkan pengguna untuk akses aplikasi secara pantas. Hanya perlu swipe gesture pada skrin, anda akan terus dibawa ke aplikasi yang telah disetkan.Tetapi saya hanya gunakan dua gestures iaitu 'V' untuk flashlight, dan swipe tiga jari untuk screenshot.


Spesifikasi Oppo R1L

Processor
Qualcomm Snapdragon 400 Quad-core 1.6GHz
Sistem
ColorOS 1.2 Based on Android 4.3
Skrin
1280x720 HD IPS
Kamera
Belakang: 13MP ; Hadapan: 5MP
Bateri
2410mAh

Apa yang saya rasakan best?

Double-tap to wake - Disebabkan peranti keluaran Oppo tidak mempunyai home button, fungsi double tap sangat memudahkan kawalan. Senang je, tak perlu tekan butang on/off untuk menggunakannya.

Bateri - Seperti yang saya sebut di atas, bateri peranti ini sangat mengagumkan. Saya bukanlah heavy user, kerap juga tengok Youtube, ber-Instagram, main game Kim Kardashian Hollywood. Ehee!

Notification led - Lampu notifikasi akan menyala sekiranya ada missed call, mesej, email, serta notifikasi dari media sosial. Senang, tak perlu tekan butang untuk semak.

Interface Oppo yang cantik
Kelancaran - Amazingly, fon ini berfungsi dengan baik, smooth tanpa masalah. Paling penting tak pernah 'hang' walaupun membuka banyak aplikasi.

Berbaloi ke beli Oppo? Jawapan saya, YA! Walaupun ia tidak sehebat Find 7, R1L adalah pembelian yang berbaloi kerana berkualiti dari segi software, camera, kelancaran, dan bateri. Setakat ini tak ada masalah. 

Anda boleh pertimbangkan kalau nak beli Oppo. Sebab kalau model ini sudah cukup baik, apatah lagi model yang lebih hebat seperti R5  smartphone ternipis di dunia dan Find 7. 


Apa yang boleh saya katakan dalam review Oppo R1L, ia adalah antara smartphone terbaik di bawah RM1000. 

Mungkin entry ini boleh menjadi panduan buat anda yang tengah cari fon baru.

Previous entry: Fakta Menarik Filem Furious 7

45 ulasan:

  1. Cantik juga oppo ni, tapi saya skrg ni duk guna iphone 5s yg menang contest thn lepas je... tak payah habis duit beli phone tu dan phone ni. Lps ni boleh buat review ttg iphone 5s yang dimenangi tu..,

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa mcm nak buat pengalaman guna android dan iOS heheh!

      Padam
  2. setakatni saya tak pernah lagi guna oppo...bolehla dipertimbangkan jika nak tukar phohe nanti..

    BalasPadam
  3. takde oppo.

    guna samsung aje la sekatat nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau samsung rosak, boleh la guna Oppo pulak. hehe!

      Padam
  4. Macam best je oppo smartphone. Bolehlah cuba nanti. Setakat ni cuma guna En Samsung aja.

    BalasPadam
  5. Bodynya yang slim dan elegent tu memang memukau!

    BalasPadam
  6. Cantik rekaan body oppo RIL ni. Sound speaker dia ok tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. speaker power dan berkualiti. tapi tak boleh lawan HTC..

      Padam
  7. Saya dah belek beberapa smartphone Oppo ni ... anak saya cukup berkenan .. tapi agak mahal sikit la kalau nak banding dengan Asus dan juga Redmi

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada yg harga lebih kurang rm500. Model Neo ke apa. okay jugak. sesuai la utk budak2..

      Padam
  8. oppo boleh buat video call tak? maksudnya vc dengan menggunakan line biasa bukan guna line internet. saya berkenan dengan vivo tapi vivo tak boleh buat vc. sekarang saya pakai S4, berbaloikah kalau nak trade in dengan oppo?

    BalasPadam
    Balasan
    1. r1l ni boleh buat video call dengan line biasa. kualiti pon okay. s4 tu dah kira berkualiti, tapi berbaloi kalau trade in.

      lagipun android S4 tu dah outdated.

      Padam
    2. haha..outdated dah s4 kuikuikui. orait, nanti boleh riki oppo. vivo takde review ke?

      Padam
    3. vivo takde review sebab saya tak pernah guna.. hehe!

      Padam
    4. ok.thanks singgah blog saya!

      Padam
  9. saya tidak begitu arif tentang gajet. Pilihan yang sy tahu sangat terhad. bagus entri ini. so, kalau niat di hati nak beralih angin, oppo mgkin akan jadi pilihan sy. tQ untuk perkongsian ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2.. semoga membuat pilihan yg tepat nanti..

      Padam
  10. saya pakai oppo skrg sy rasa nak nagis pla...mcm mana nak tukar bateri oppo saya...

    BalasPadam
  11. saya pakai oppo skrg sy rasa nak nagis pla...mcm mana nak tukar bateri oppo saya...

    BalasPadam
  12. macam mana nak buat video call dengan r1L ni ek ? bole ajarkan saya ?

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. nak tanye kalau phone oppo rosak sebab jatuh, kalau baiki still dalam waranty ke?

    BalasPadam
  15. nak tanye kalau phone oppo rosak sebab jatuh, kalau baiki still dalam waranty ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya kalau jatuh atau masuk air tak dpt waranty. waranty hanya utk rosak dalaman contohnya fon tiba2 gagal berfungsi.

      Padam
  16. oppo neo 5 ok x?kamera depan teruk sngat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. new 5 saya tak pasti. kamera depan tak teruk sgt. cuma time low light je masalah

      Padam
  17. Assalamualaikum , sy nk tanya ' Oppo R5 berapa harga untuk tahun 2016 ? boleh cerita sikit x kelebihan dan kekurangan yg ada pada oppo R5 , lagi satu OPPO R1L , apa kelebihan dan kekurangan yg ada pd model R1L ni .. please reply ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. so far saya puas hati guna R1L.. cuma kamera dan skrin. Skrin R1L tak cantik mcm Samsung. tapi still best bila guna.

      Oppo R5 pulak saya tak pastu berapa harganya di pasaran sekarang.

      Terima kasih sudi singgah blog ni.. :D

      Padam
    2. Ya xpa , lagi pun semalam sy dah baru beli oppo R5 , buat masa skarang ni sy puas hati .. :)

      Padam
  18. fon saya heng tau x mcmmn nak buat

    BalasPadam
  19. sye x thu sgt psl gajet tpi klau oppo r1L tu klau jatuh tpi bru skali terus rosak ke atau klau dh jtuh bnyk kali bru rosak ?? then klau bru jatuh skali skrin dye retak ke ? or calar skit2 je ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat ni R1L saya pernah jatuh.. tapi atas permukaan lembut dan rendah sahaja. takde calar. takde retak. semua okay je

      Padam
  20. Lagi satu nk tanya skrin r1L nih x cntik betolke ? teruk sgt ke x cntik dye ke sme mcm skrin asus ?mintk pendapat skitt sye nk beli nih . hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. skrinnya mantap. sesuai dengan harga. Tapi tidak sebagus find 7..

      Padam
  21. Sy beli fon ni.skrg dh setahun.masalah utama telefon ni dia takde sd card. Dia hnya ada storage 16gb shj.dan setakat ini sudah 5 kali tefon ni koma.mati secara tiba2.4 hari kemudian hidup balik.tak tahu knp.nak kata terhempas tak pernah pun.nak kata virus, sy jarang layari intrnet.dah sudah berpaa kali nk kena format.lebih baik lagi samsung dan sony yg dh 5 tahun masih hidup smpai skrg.bagi sy oppo r1l bukan yg terbaik.fikirkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. fon saya pulak tak ada masalah lepas setahun guna. puas hati.

      Padam
  22. Fon oppo sy selalu hang walhal msa tu tiada aplikasi berat yg sy masukkan.gmbr memg cantik tpi sistem body tak tahan langsung.sy tak suggest kpd pembeli di luar sana.

    BalasPadam
  23. oppo hadir dan kini semakin mewarnai berbagai macam model smartphone dengan harga yang lebih bervariasi pastinya merk oppo ini juga akan bersaing dengan merek besar

    BalasPadam
  24. hai..my fon baru saja breakdown n sakit hati sangat sebab bile on dy dlm recovery mode n bile godek2 pon still sama..xleh nk masuk

    BalasPadam
  25. Hi...my phone oppo f1... Bateri habis off sendiri sbb tak sempat nk recharge...tp bila plugin nk charge masih tak ada apa light tunggu sampai 2 jam...kenapa yer

    BalasPadam
  26. mnurut saya Oppo memang bagus apalagi soal kameranya....

    BalasPadam