25 Mei 2015

Bertukar dari Android ke iPhone


Bertukar dari Android ke iPhone. Kita sering membuat perbandingan telefon pintar mana yang terbaik. Sama ada Android ataupun iPhone. Sebagai pengguna baru iOS, agak sukar sebenarnya untuk saya putuskan yang mana lagi hebat kerana saya lebih banyak pengalaman menggunakan Android.

Saya memiliki Oppo R1L, anda boleh baca review dalam entri Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone. Dalam masa yang sama, saya juga mempunyai iPhone 5s yang saya menang dalam contest blogger. Yang tu boleh baca dalam entri Menang iPhone 5s dari Denaihati.

Sepanjang menggunakan Oppo R1L (Android 4.4) dan iPhone 5s (iOS 8.1.1), kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang bakal dikongsikan dalam entri ini adalah pengalaman saya sendiri selepas menggunakan dua peranti dari sistem operasi yang berbeza.


Bateri

Android menawarkan jangka hayat bateri lebih lama selain boleh menetapkan seberapa banyak penggunaan bateri yang kita mahu. Peranti Android saya bertahan sehingga jam 1 pagi dengan penggunaan yang agak berat, dan mampu bertahan hingga tiga hari dengan penggunaan yang minimum. Manakala iPhone, saya perlu cas setiap hari dan hanya bertahan selama dua hari jika tidak kerap menggunakannya. Jika anda merupakan heavy user yang sering bermain permainan video dan menonton Youtube, iPhone bukan untuk anda.


Kamera

Bermula dari iPhone 4 hingga iPhone 6 Plus, Apple masih mengekalkan kamera 8 megapixels pada telefon pintar mereka. Kita semua tahu, jumlah megapixels bukanlah segalanya kerana ini terbukti apabila iPhone merupakan peranti yang menghasilkan gambar berkualiti berbandi peranti lain yang memiliki 13 Megapixels. iPhone masih di depan dengan adanya teknologi iSight dengan 1.5µ pixels, ƒ/2.2 aperture di mana hampir menyamai kamera DSLR.

Aplikasi

Dari segi aplikasi yang ditawarkan oleh kedua-dua sistem operasi ini, iOS (App Store) didepan berbanding Android (Play Store). Ini kerana kesemua aplikasi yang ditawarkan Apps Store adalah yang terbaik dan berkualiti. Banyak aplikasi menarik hanya terdapat pada App Store. Walaupun kebanyakkannya berbayar, harganya tidaklah terlalu mahal kerana anda boleh menggunakannya sampai bila-bila selain boleh berkongsi dengan pengguna iOS lain.


Artikel berkaitan: iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Kemaskini Software

Dari segi sistem operasi, saya kira setiap pengguna Android melalui dilema yang sama di mana mereka akan rasa ketinggalan setiap kali telefon pintar baru dikeluarkan. Hari ini anda memiliki telefon baru, dan dua bulan kemudian telefon baru dikeluarkan dengan software, kamera, kelajuan dan design yang lebih baik. Berbeza dengan iOS yang dikemaskini (hampir) setahun sekali. Sebaik sahaja Apple melancarkan sistem operasi terbaharu, setiap pemilik iPhone boleh menggunakannya. Walaupun anda memiliki iPhone 4s, anda masih boleh menggunakan iOS 8 sama seperti telefon baru.

Customize

Ramai pengguna Android gemar muat turun custom ROM kerana ini membenarkan untuk customize peranti mengikut citarasa anda. Pengguna Android dibenarkan customize atau tukar beberapa elemen seperti tema, icon pack dan font yang berwarna-warni serta bertemakan kartun. Namun iOS tidak membenarkan anda customize. Suka atau tidak anda perlu menggunakan apa yang tersedia. What you see is what you get.

Tapi sehingga kini saya tidak pernah tukar dan masih menggunakan tema rasmi Oppo. Saya lebih suka antara muka telefon yang nampak original dan memperlihatkan jenama telefon pintar.


Mesra pengguna

Kedua-dua peranti ini sememangnya mesra pengguna dengan cara yang tersendiri. Tapi pada saya Android lebih mudah digunakan. Yang paling ketara adalah tentang kedudukan butang 'back' atau kembali. Butang back kekal disebelah butang 'Home' pada peranti. Sama ada ia touch button ataupun pop-up, ia kekal berada di situ. Manakala iPhone, ia tidak berada pada kedudukan yang tetap. Kadang-kala berada di bahagian bawah dan di atas sebelah kiri. It's everywhere!

Soal mesra pengguna ini bukanlah masalah besar kerana anda akan mula menyesuaikan diri sebaik sahaja menggunakannya dalam masa beberapa hari. 

Transfer file

Seriously, complicated betul nak transfer lagu atau fail dari computer ke iPhone. Anda perlu muat turun iTunes jika memiliki komputer Windows. Sebarang pemindahan fail perlu menggunakan iTunes, ia tidaklah sesukar mana pun, tapi COMPLICATED. Bagi yang tak berapa mahir dengan gajet, memang akan mengalami kesukaran. Berbeza dengan Android, cara pemindahan fail cukup mudah sama seperti menggunakan pendrive.


Kelajuan

Bila bercakap soal kelajuan, kita tidak boleh menolak hakikat bahawa iPhone merupakan smartphone yang paling laju. Peranti Android bukan slow, tapi ada lag sikit bila buka banyak aplikasi.


Apa yang saya suka pada iPhone
Apa yang saya TAK suka pada iPhone
Laju
Tiada notification LED
Interface yang cantik
Butang 'back' tidak tetap
Aplikasi berkualiti
Tidak boleh bluetooth fail ke peranti lain
Kamera berkualiti
Cepat panas
Music player
Bateri cepat habis
Design kukuh dan elegen



Apa yang saya suka pada Android
Apa yang saya TAK suka pada Android
Mudah
Kamera
Mesra pengguna
Music player kurang menarik
Boleh bluetooth ke semua peranti 
Cepat outdated 
Bateri tahan lama
Masalah lagging
Mudah transfer fail ke komputer

Lebih Murah



In the end, tidak ada telefon pintar yang sempurna. Ia bergantung kepada keselesaan masing-masing dan siapa yang menilainya. Setiap peranti ada kelebihan dan kekurangannya.

Artikel berkaitan: Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6

Saya telah cuba sedaya upaya untuk tidak berat sebelah dalam menilai kedua sistem operasi ini.  Semoga entri ini dapat dijadikan rujukan bagi yang tengah pening kepala tak tahu nak pilih iPhone atau peranti Android. Choose wisely. 

Previous entry: Rindu Awak 200% Raya

5 ulasan:

  1. aku main hentam guna je.. leh wat call cukup ok dah

    BalasPadam
  2. ada kedua-duanya iphone ngan android. dua2x sama je sebenarnya. lama2x mesti macam lambat punya sama ada iphone and android. hahah

    BalasPadam
  3. Kena beli iphone la lepas ni, kualiti gambar memang diakui iOS lebih bagus dari android

    BalasPadam
  4. Zumal masil setia dengan android walaupun dah tukar kali ketiga ^-^

    BalasPadam
  5. Kalau saya memang pilih iphone kerana class dan teknologi yang terbaik..

    BalasPadam