Sabtu, 16 Mei 2015

Fakta Menarik Mad Max: Fury Road


Fakta menarik Mad Max: Fury Road. Selepas 30 tahun, filem keempat Mad Max kembali menemui penonton dengan aura dan aksi yang lebih hebat di bawah arahan individu yang mencipta filem ini sendiri, George Miller.

Sejak filem pertama Mad Max diterbitkan pada tahun 1979, watak utamanya dipegang oleh pelakon Mel Gibson yang pada waktu itu berusia 23 tahun. Kali ini Tom Hardy diberi tanggungjawab untuk memegang watak Max Rockatansky, dan dibantu oleh Charlize Theron, Nicholas Hoult dan Josh Helman.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang filem terhebat ini.

Fakta Menarik Filem Mad Max: Fury Road

1. George Miller mencari seorang pelakon yang mempunyai karisma Max Rockatansky, dan pada saat Tom Hardy masuk ke bilik ujibakat, Miller dapat merasakan aura Max pada Hardy. "Rasanya seperti pertama kali melihat Mel Gibson 30 tahun dahulu".


2. Mendiang Heath Ledger merupakan salah seorang calon yang disebut untuk memegang watak Max Rockatansky. Walaubagaimanapun, Ledger meninggal dunia pada 2008.

3 Untuk membawa watak Furiosa, aktress jelita, Charlize Theron perlu membotakkan kepalanya. Dia kemudian terpaksa memakai rambut palsu dalam filem A Million Ways to Die in the West.


4. Teresa Palmer sepatutnya memegang salah satu watak dalam filem ini. Namun, akibat pihak produksi sering menangguhkan pengambaran, beliau terpaksa menolak dan digantikan dengan Abbey Lee.

5. Sekurang-kurangnya tiga orang pelakon filem ini terlibat dengan filem adaptasi komik Marvel. Tom Hardy pernah memegang peranan Bane dalam Batman: The Dark Knight Rises, Nicholas Hoult sebagai Beast dalam X-Men, dan Zoe Kravitz sebagai Angel dalam X-Men First Class. 


6. Lebih 80% daripada pembikinan filem ini merupakan aksi sebenar tanpa kesan khas termasuklah dari segi solekan, prop, set, dan aksi lasak. Teknik CGI hanya digunakan untuk mencantikkan pemandangan padang pasir Namibia dan tangan prostetik yang dipakai Charlize Theron.

7. Filem ini hampir memulakan pengambaran pada tahun 2003 di Namibia, ia terpaksa ditangguhkan berikutan masalah keselamatan. Rakyat Amerika Syarikat serta beberapa negara lain pada ketika itu berdepan kesukaran untuk masuk ke negara itu. 
8. Bintang Warm Bodies, Nicholas Hoult, mengakui beliau tidak pernah menonton mana-mana filem Mad Max sebelum ini. Hoult terkejut selepas mendapati kebanyakkan filem aksi masa kini sebenarnya diinspirasikan daripada filem Mad Max. Teringat pulak masa Nicholas Hoult favorite tweet saya dulu. Ahaha! 

Nicholas Hoult sebagai Nux. How could you turned someone so beautiful into a psychotic guy? LOL
9. Skrip asal MMFR hanyalah sebuah storyboard seperti buku komik setebal 300 mukas surat. Ini kerana filem ini lebih menumpukan aksi lasak dan visual berbanding dialog. Oleh itu filem ini boleh difahami oleh semua bangsa tanpa sari kata.

Rata-rata pengkritik filem antarabangsa memberi pujian melambung terhadap Mad Max: Fury Road (MMFR). Ada yang mengatakan MMFR adalah filem aksi terbaik dekad ini. Di atas adalah beberapa info yang perlu anda tahu sebelum melangkah ke panggung untuk menonton Mad Max: Fury Road di pawagam.
sumber: IMDb

4 ulasan:

  1. Macam menarik dan kena pergi tonton ni

    BalasPadam
  2. saya dah tonton filem ni. not my kind of movie. terlalu sarat dengan aksi, almost non-stop of it. saya suka nux, comel hihihi. tapi saya tak suka dengan semua movie ialah bila hero always win, datanglah segala mak nenek peluru pun, sikit pun tak kena.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hero hollywood memang selalu jadi the chosen one.. ramai yg puji aksi filem ni best..

      Padam