Pelajar Digantung Kerana Selfie Ketika Konvo

5

Pelajar digantung kerana selfie ketika konvo. Tindakan graduan UiTM Lendu mengambil gambar selfie di atas pentas konvokesyen menjadi viral di laman sosial mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Lebih memburukkan lagi keadaan, pelajar berkenaan, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, digantung pengajian selama setahun.

Naib Censelor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahor Hamid Abu Bakar sendiri mengesahkan pelajar Diploma Fotografi ini digantung kerana telah memalukan UiTM. Beliau berkata semua pelajar telah diberi penerangan tentang garis panduan termasuk dilarang mengambil gambar di atas pentas.

Menurut Muhammad Hasrul, dia mendapat ilham mengambil gambar selfie itu selepas menonton video kreatif sekumpulan graduan menerima skrol mereka. Jadi dia juga ingin melakukan sesuatu yang kreatif pada hari graduasinya.


Dikecam netizen

Perbuatan pelajar ini mendapat pelbagai respon dari pengguna laman sosial.  Ramai yang mengecam tindakannya dengan mengatakan pelajar tersebut tidak menghormati majlis formal.  
"Selfie sewaktu di atas pentas memang menyalahi protokol. Kalau peraturan yang simple ni pun tak boleh follow, macam mana nak follow peraturan lain?"
"Konvokesyen merupakan acara rasmi dan dihadiri ramai jemputan. Kena hormat dan patuhi peraturan."
Ada yang berpendapat, masih banyak lagi kesalahan serius yang dilakukan pelajar dan tidak perlulah memperbesarkan isu ini. Ada jua pihak yang meminta UiTM memaafkan pelajar itu kerana dia hanya melakukan kesilapa kecil. Mungkin terlalu teruja mendapat segulung diploma.

Mungkin terpengaruh dengan pelajar luar negara yang melakukan selfie masa konvo. Kalau anda  search di Google, "selfie at graduation" memang ramai  orang barat telah melakukannya. Tapi ini universiti di Malaysia. Lain universiti, lain peraturannya. Tindakannya akan menjadi ikutan jika tidak dibendung.

Pada saya lebih banyak keburukkannya. Kalau nak ambil "epic selfie" sekalipun, ini bukan caranya. Tapi kan, berani betul dia ambil selfie atas pentas konvo, orang lain bukan main ketar lutut lagi. Ahaha!

Entri sebelum ini: Fakta Menarik Mad Max Fury Road
Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. kalau aku yang bagi skrol tu..aku lempang kat situ gak.

    haha..

    ReplyDelete
  2. memang berani siap bleh selfie . huhuu

    ReplyDelete
  3. aku malas nak komen apa apa pasal tu..tapi budak tu memang berani baq hang

    ReplyDelete
  4. sebenarnya bukan dia sorang yang buat ni,ada lagi pelajar universiti lain buat..cuma tak dihebahkan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top