Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Apple Watch

10
Sebab kenapa anda PERLU beli Apple Watch. Meskipun dihujani pendapat berbeza pada saat ia diperkenalkan kepada umum terutamanya tentang harga dan fungsinya. Namun, pendapat itu semakin lama semakin dilupakan. Peminat gajet tetap membelinya seola-olah telah terbiasa dengan, "shut up, and take my money!"

Dalam entry ini saya senaraikan beberapa sebab kenapa Apple Watch berbaloi untuk dimiliki.

Akses pantas kepada iPhone

Satu kajian mendapati purata seseorang melihat telefon pintar mereka adalah sebanyak 220 kali sehari. Salah satu tujuan Apple Watch dicipta adalah sebagai akses pantas kepada iPhone anda. Biarkan telefon pintar anda di dalam poket atau beg, dan lihat notifikasi hanya pada pergelangan tangan anda.

Antara muka senang digunakan

Skrin Apple Watch mungkin dilihat agak kecil. Antara muka atau interface pula memiliki ikon yang kecil dan jaraknya agak rapat. Ramai yang berpendapat pengguna bakal mengalami kesukan untuk memilih ikon dek kerana jari yang gemuk. Anda silap. Dengan kombinasi skrin yang responsif dan fungsi butang di sebelah kiri (digital crown) membuatkan jam tangan pintar ini mudah digunakan.


Cara baru untuk berinteraksi

Ketika Apple Inc memperkenalkan Apple Watch ini tahun lalu, ramai berpendapat ia sama seperti jam tangan pintar lain di pasaran. Namun, seperti biasa syarikat ini menawarkan sesuatu yang kelainan pada produk mereka. Anda boleh berkominukasi dengan pengguna Apple Watch lain dengan membuat lakaran ringkas. Selain boleh menjawab panggilan dan mencari iPhone, ia juga mampu mengawal Aple TV dan iTunes.


Banyak fungsi

Apple Watch mungkin salah satu jam tangan pintar yang memiliki pelbagai fungsi. Selain memberitahu masa dan notifikasi seperti pesaingnya, Apple Watch menawarkan lebih dari itu. Anda boleh mengakses pelbagai aplikasi dan permainan, menggunakan Apple Pay, mendapatkan senarai contact dengan pantas, dan banyak lagi.

Itu adalah antara sebab kenapa anda patut beli Apple Watch. Anda patut baca entry Sebab Kenapa Anda TAK PERLU Beli Apple Watch pulak. Peranti ini bukan murah, anda pasti ingin teliti dahulu sama ada ia berbaloi atau tidak.

Entry sebelum ini: Segmen Blogwalking Cuti Semester by Parihh

Post a Comment

10Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. yalah..banyak kelebihan juga apple watch..yang penting ada duit untuk membelinya..best kan

    ReplyDelete
  2. wahhhh...menarik, menarik....iPhone 6 pun dah mengujakan, apatah lagi Apple Watch ni :)

    ReplyDelete
  3. aduhhh geram plak. once we use apple product, we will continue to use them :)

    ReplyDelete
  4. untuk apple user je laa ni kann

    ReplyDelete
  5. Salam.... bagi Ambo tak perlu beli membazir aje...., cukup dengan smartphone dah cukup.

    ReplyDelete
  6. dah beli lom?

    kalau dah, bak pinjam seminggu dua sat.

    ReplyDelete
  7. macam tak best jek..rosak naya plak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top