Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli Apple Watch

7

Sebab kenapa anda tak perlu beli Apple Watch. Jam tangan pintar pertama keluaran Apple Inc iaitu Apple Watch merupakan antara gajet yang paling hangat diperkatakan ketika ini. Hadir dengan tiga model iaitu Apple Watch, Apple Watch Sport, dan Apple Watch Edition, jelas syarikat gergasi ini tidak mahu ketinggalan dibelakang Samsung atau Motorola yang terlebih dahulu mengeluarkan peranti yang sama.

Jika anda sukakan gajet terkini atau pengguna setia Apple, sudah pasti anda berkeinginan untuk memiliki Apple Watch. Namun, sebelum anda berbelanja sudah pasti anda ingin teliti dahulu sama ada peranti ini berbaloi untuk dimiliki atau tidak.

Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli Apple Watch

Harga yang mahal

Harga kesemua produk Apple memang mahal termasuklah Apple Watch. Di Amerika Syarikat ia dijual pada harga $349 dan boleh menjangkau ke $17,000. Harga peranti ini bergantung kepada model dan tali jam. Apple Watch dijangka dijual pada harga RM1,299 di Malaysia. Cukup mahal bagi produk yang dipakai dipergelangan tangan, apatah lagi ia merupakan aksesori dan bukannya keperluan.

Memerlukan iPhone

Untuk menggunakan Apple Watch, anda memerlukan sebuah iPhone. Peranti ini tidak dapat berfungsi tanpa iPhone, malah anda memerlukan iPhone 5 dan ke atas. Tidak seperti Android Wear dan Pebble yang mampu berfungsi tanpa bergantung kepada telefon pintar. Fungsi asas Apple Watch adalah sebagai akses pantas kepada iPhone. Tanpa iPhone anda hanya boleh memakainya sahaja. 


Jam tangan pintar generasi pertama

Jelas Apple Watch merupakan jam tangan pintar pertama keluaran Apple. Dua perkara yang perlu diambl kira sebelum membeli peranti edisi pertama. 1: peranti itu akan mengalami masalah, 2: fungsi keluaran akan datang pasti akan dibaik pulih dan hadir dengan reka bentuk yang lebih menarik. Membelinya sekarang adalah seperti berbelanja untuk produk yang diuji Apple.

Banyak pilihan jam tangan pintar dipasaran

Tidak seperti produk mereka yang lain, kali ini Apple ketinggalan dan pasaran telefon pintar telah pun dikuasai oleh pesaing terdekat. Samsung, Motorola, dan LG telah mengeluarkan beberapa model Android Wear yang mengagumkan beberapa bulan lalu. Reka bentuk Android Wear lebih cantik, berkualiti, dan mesra pengguna. Produk dari jenama lain juga jauh lebih murah.

Reka bentuk kurang menarik


Walaupun Apple Watch direka untuk menjadi aksesori gaya hidup berteknologi, reka bentuknya tidak menonjol dan kurang menarik. Tindakan Apple untuk tampil dengan model segi empat dikatakan sudah terlambat kerana rata-rata jenama lain sudah pun mengeluarkan model berbentuk bulat. Tidak seperti iPhone atau iPad di mana pengguna sudah pun merasa teruja ketika kali pertama ia diperlihatkan. 


Perlu ke ada Apple Watch?
Paling kejam bila Apple Watch hanya boleh berfungsi dengan adanya iPhone. Ini adalah taktik licik Apple untuk 'menjerat' anda supaya mendapatkan produk mereka yang lain. Namun ini tidak mengejutkan kerana Apple memang terkenal dengan sikap tidak mahu berkongsi atau berinteraksi dengan jenama lain. Mungkin bimbang 'kesucian' produk mereka diragut. 

Tarikh rasmi Apple Watch masuk ke pasaran Malaysia masih belum diketahui.

Artikel Sebab Kenapa Anda PERLU Beli Apple Watch akan diterbitkan tidak lama lagi.  




Post a Comment

7Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. dah jadi jutawan nanti, saya beli

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/05/anak-kucing-parsi-untuk-dijual.html

    ReplyDelete
  2. Mahal juga. Kalu bole berfungsi tanpa iphone nak juga beli dan merasa pkai...

    ReplyDelete
  3. kalau dah takde ipong , memang lah tak perlu beli, yang ada pun belum tentu nak beli hahaha

    ReplyDelete
  4. huh..baik topap tabung nak angkat samsung baru tuh...kikikiki..after all mungkin Samsung poeva lah weol laki bini.. :)

    ReplyDelete
  5. apple watch ck ck mestilah harga mahal sangat , iphone pun belum punya saat ini

    ReplyDelete
  6. betul jugak tu . barang baru buat belum pasti keberkesanannya 100% kan kak

    ReplyDelete
  7. Info yang bagus dan jujur pasal Apple Watch, bagus.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top