3 Mei 2015

(Sinopsis) Mr London Ms Langkawi di Astro




Sinopsis Mr London Ms Langkawi. Stesen televisyen berbayar, Astro, sekali lagi membawakan drama terbaik buat pelanggannya. Diterbitkan oleh Global Station, drama Mr London Ms Langkawi (MLML) bakal menemui anda tidak lama lagi.

MLML adalah sebuah lagi yang diadaptasi dari novel popular dari tajuk yang sama karya Herna Diana terbitan Alaf 21. 



Menampilkan pelakon hebat seperti Zul Ariffin dan Izara Aishah sebagai teraju utama, MLML memaparkan kisah Aidid yang cuba menyesuaikan diri di kampung setelah sekian lama  menetap di luar negara. Dalam masa yang sama, Aidid mula berkenalan dengan seorang gadis kampung, 'Liyana The Samseng'.

Drama arahan Nizam Zakaria ini turut membariskan pelakon berbakat seperti Amar Bahrin, Nur Zahirah, Wan (Wala), Yaya Zahir, Shah Rezza, Watie Sadali, Liza Abdullah, dan Kismah Johar.



Sinopsis drama Mr London Ms Langkawi

Aidid, seorang jejaka yang berpelajaran tinggi dan menetap di luar negara sejak dari kecil lagi. Hatinya begitu berat apabila dipaksa oleh ayahnya untuk pulang ke kampung. Walaupun berat, dia menurut kehendak ayahnya. 

Setibanya Adid di Langkawi, ketika menunggu seseorang untuk membawanya ke rumah Tok Wan, muncul seorang gadis bernama 'Liyana The Samseng'.

Nurul Liyana, seorang gadis biasa. Tidak berpendidikan tinggi seperti Aidid, tetapi jiwanya besar. Rasa cinta terhadap tanah air cukup tebal.

Setiap kali berjumpa, mereka berdua pasti bergaduh. Berbezaan taraf hidup dan pendidikan membezakan mereka berdua. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

Tarikh siaran drama ini akan dikemaskini nanti.

Previous entry: Cara Tingkatkan CPUV Nuffnang

1 ulasan:

  1. mcm2 cerita baru skrg ni..aku pun tak ter follow....

    BalasPadam